Bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan jenayah rogol kanak-kanak hari ini dalam satu sidang media mengaku bahawa beliau adalah salah seorang dari tiga orang Datuk yang menjadi dalang bagi tayangan perdana video lucah di hotel Carcosa Seri Negara.
Lain lain Datuk yang terlibat adalah Ahli Perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Nazim dari PERKASA..
Jadi sekarang.. apa kata manusia-manusia yang membuat spekulasi kononnya isu Video lucah ini adalah kerja Anwar sendiri untuk mengalih pandangan awam dari isu DNA?? Korang jilatlah semula muntah korang tu!!
'Datuk T' adakan sidang akhbar gesa RCI siasat video seks
Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.
Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.
Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.
Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.
Malaysiakini


4 comments:
Sanggup melayu ni tunjukkan kebodohan dan kefasikan mereka..ishkk...
Apa hal la lagi muslihat mintak SCI mesti diwakili oleh DS Wan Azizah, TG Nik Aziz dan lim kit Siang.. supaya siasatan nampk berat sebelah? dah tentu nnti rakyat takkan percaya..
Apa la bodoh sgt.. biar la org yg betul2 bebas yg tak siasat.. mcm suhakam, mafrel ke..
tengok muka memang muka cilaka sial,inilah melayu yg memperjuangkan melayu ala umno,na`auzubillah jauhkan anak2 kita dari manusia puaka,yg nak memertabkan melayu ala ini..
itu lah puaka2 yg bertopengkan manusia perangai mrk Allah sj yg tahu ramai jugak Para Ulama SUFI yg kasyaf yg bila lihat sj muka mrk Allah ilhamkan apa yg telah mrk lakukan walau dah 20 thn spt mana mukjizat yg Allah berikan pd Nabi Allah khidir a.s dan para2 nabi yg lain..sayang sekali mrk di pinjamkan Allah dgn harta, pangkat dan darjat serta gelaran kebesaran tp digunakan utk jln yg tidak diredhai Allah swt...mrk membuat dosa yg berterusan seolah2 Allah tak nampak apa yg mrk lakukan itulah kalau jiwa kosong dgn IMAN..Ya Allah smuga kau jauhi lah kelak anak2 ku drp menjadi manusia spt ini tak kaya,takde darjat dan bintang kebesaran pun takpe asalkan jasad DAN ROH NYA PENUH DGN KEIMANAN dan hati yg sentiasa menyebut namaMu ya Allah..
Post a Comment