Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, March 25, 2011

Waspada propaganda pembangkang - UMNO Pulau Pinang

Buat pertama kalinya aku amat bersetuju dan menyokong sepenuhnya kenyataan dari UMNO Pulau Pinang seperti yang tertera pada tajuk entry..

Rakyat Pulau Pinang sememangnya haruslah berwaspada dengan propaganda-propaganda yang dijalankan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah pemimpin-pemimpin pembangkang Pulau Pinang..

Ha..ha..ha.. Dia lupa kot.. kat Penang ni UMNO itu pembangkang!! Tak sedar lagi Musa Sheikh Fadzir ni rupanya.. kesian....


Dalam berita dibawah ni Musa Sheikh Fadzir mempertikaikan tindakan k kerajaan negeri yang menghantar 200,000 SMS kepada rakyat Pulau Pinang dalam tempoh setahun untuk memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan, aktiviti dan isu semasa.

Tapi bila Najib sendiri perhabis RM63,000.00 untuk untuk hantar e-mail dan ucapan ‘Salam 1Malaysia’ yang tak berfaedah tu.. dia diam.


Waspada propaganda pembangkang - UMNO Pulau Pinang
25/03/2011 6:35pm

GEORGE TOWN 25 Mac - UMNO Pulau Pinang, hari ini, menasihatkan rakyat di negeri itu agar berwaspada dan tidak terpengaruh propaganda kerajaan pimpinan DAP bertujuan untuk memburukkan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tidak perlu menggunakan duit rakyat untuk menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau risalah.

"Selepas tiga tahun mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, rakyat akan tahu apa kerajaan negeri lakukan dan tidak guna membazir duit rakyat untuk menghantar SMS atau risalah,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tujuan kerajaan negeri itu menghantar 200,000 SMS kepada rakyat Pulau Pinang dalam tempoh setahun untuk memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan, aktiviti dan isu semasa. - Bernama


Najib belanja RM63,000 hanya untuk hantar email ‘Salam 1Malaysia’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan ‘Salam 1Malaysia’ kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd.

Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.

Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan ‘tidak melanggan’ (unsubscribe) pada emel berkenaan.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik ‘tidak melanggan’ (unsubscribe) senarai penghantaran ‘Salam 1Malaysia’ bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes.

Keadilandaily

6 comments:

Penditakainsingkat said...

Salam,

Memang benar rakyat perlu menolak dan berwaspada dengan hasutan dan kegiatan anti nasional yang sedang dilakukan oleh pembangkang.

Anonymous said...

sudah lah mamak tongkang oi dok propaganda
apa lagi orang semua dah tau

Anonymous said...

banyak mamak mengaku melayu,
keturunan India katanya melayu,
buat statement konon pro-melayu,
yg bodohnya kita pure melayu.

Anonymous said...

walaupun aku bukan orang politik tetapi aku pemerhati biasa jer.aku tau siapa bijak dan siapa dungu aka bodoh.Sekarang orang muda dan belia sudah cerdik,tidak kepada orang tua yang terhad informasinya.Jadi usahlah memperbodohkan orang dengan percakapan yang takder fakta dan bukti.Aku duduk kat selangor memang terasa akan kelainan pemerintahannya daripada dulu yang banyak masalah..

5sal said...

As Salam!Cian Mamak Tanjung mudah lupa nie dia duk igat depa masih tadbir Penang lagi ka kut,rupa2nya depa la pembangkang, pembanggang dan pengkangkang kat Penang tu cukup2 lah wat lawak bodo mamak Tanjung oi.Sedaq diri la hangpa tu sapa la nie kat Penang.Wassalam!

Anonymous said...

Kenyataan bangang penditakainsingkat...

hang tahu kenapa usaha 200,000 sms dihantar pada rakyat PP. sebab Fitnah dan berat sebelah yang dihebahkan oleh TV3, TV2 dan TV1 diseluruh malaysia. Fitnah dihantar kepada 20 juta rakyat Malaysia melayu TV bengap ni..

hang tak tengok ka setiap hari TV-TV bengap tu..

bangang punya kenyataan!

Archive

Related Posts with Thumbnails