Friday, March 25, 2011

Video Lucah : Pengedar didakwa di Mahkamah.

Kata Shimon Peres Presiden Negara Yahudi Israel.. “There are no two states of Israel, just one state,” and “There are no two kinds of citizens here, citizens of only one kind exist in Israel — and all are equal in the eyes of the law.”

Tajuk entry ini adalah tajuk berita yang telah tersiar dikebanyakkan Media Cetak pada 12 Mac yang lalu.. Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah.

Remaja tersebut telah didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tetapi cuba anda baca dan bezakan hukuman yang menanti buat rakyat biasa dan pemimpin UMNO dan bagaimana layanan yang diterima mereka biarpun kesalahan mereka pada dasarnya adalah sama iaitu memiliki video lucah, malah lebih teruk lagi pemimpin UMNO itu dengan beraninya telah mengadakan satu tayangan perdana video lucah itu..


Gadis 19 tahun jual 350 DVD lucah

GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini.

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.


Rahim, Syazril Eskay serah bukti



KUALA LUMPUR 24 Mac – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan dan menyerahkan rakaman bukti video seks lelaki didakwa pemimpin parti pembangkang kepada pihak polis hari ini.

Turut diserahkan kepada pihak polis adalah seutas jam tangan jenama ‘Omega’ yang didakwa milik pemimpin tersebut.

Abdul Rahim yang hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang disoal siasat hingga pukul 9.45 malam ini.

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, semua bukti yang ada sudah diserahkan kepada polis.

Katanya, segala keterangan yang diberi kepada polis penting untuk membantu siasatan dan menunjukkan siapa aktor dalam rakaman video seks itu.

“Harap bukti asli yang diberi boleh disiasat secara forensik, sekiranya ada penipuan atau tidak. Kalau perlu, ketulenan itu boleh dibuktikan dengan bantuan FBI (Biro Siasatan Persekutuan).

“Saya berharap, keterangan ini dapat membantu mempercepatkan proses siasatan. Jika kerajaan setuju, suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dibuat dan memuaskan hati semua pihak,” kata Abdul Rahim selepas selesai memberi keterangan.

Sementara itu, sesi keterangan Syazril Eskay tamat pukul 10 malam ini, namun ahli perniagaan itu tidak muncul di pintu A Bukit Aman di mana puluhan wartawan dan jurugambar menunggu, sebaliknya beliau dipercayai dibawa keluar melalui pintu B menggunakan kenderaan polis.

Syazril Eskay ketika dihubungi pemberita memberitahu, beliau telah mendedahkan kepada polis lokasi hotel di mana rakaman aksi seks itu dilakukan.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails