Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 28, 2011

Video Lucah : Milik Siapa Kereta ini??


Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is “benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani”.

Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis”.


Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ,” kata beliau apabil dihubungi hari ini.

Chegubard sedang menjelaskan tentang “pembongkaran” terhadap video seks semasa ceramah di hujan lebat bertemakan “Siapa Dalang Fitnah” di asjid Bandar Perda pada hari Sabtu lalu. Chegubard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat.

Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas.

Chegubard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam.

Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil “Tengku”.

Konspirasi Darjah Tertinggi

Chegubard menyatakan beliau yakin video seks itu adalah hasildari satu konspirasi darjah tertinggi yang melibatkan ahli politik tempatan.

Beliau percaya pihak terbabik dengan video seks itu tidak serius sangat di dalam tuntutannya agar Anwar dan isterinya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk meletak jawatan dengan pendedahan video berkenaan.

“Saya rasa mereka tidak seirus untuk memaksa Anwar dan Kak Wan berundur dari politik. Jika tidak, mereka tentunya dah bagi tape berkenaan kepada saya.

“Objektif mereka ialah untuk mengaibkan, memalukan Kak Wan dan keluarga, dan memfitnah PKR,” kata chegubard.

Beliau juga yakin beliau di pilih untuk menonton video berkenaan kerana para konspirator itu memikirkan “saya akan mengkhianati PKR berdasarkan perbezaan pandangan saya dengn pimpinan PKR waktu ini.”

Beliau berkata mereka cuba untuk memperalatkan beliau kerana beliau sentiasa lantang mengutarakan pandangan dan mengkritik segala salahlaku di dalam parti.

“Saya orang pertama untuk meminta Anwar berundur dari politik jika benar Anwar di dalam video berkenaan. Saya yakin orang yang saya lihat di dalam video sek hitam putih itu bukan Anwar,” tambahnya.

Beliau sedar beliau mungkin sudah melanggar undang-undang kerana menonton “blue film”, namun chegubard menyatakan beliau sentiasa bersedia untuk membantu pihak polis di dalam siasatan mereka terhdap kes ini.

“Namun sehingga hari ini, polis belum lagi memanggilnya,” katanya.

9 comments:

AnakVideo said...

Chegubard tak payah la rasa bersalah menonton video lucah tu..
Dari segi agama Islam tetap salah tapi dari segi undang2 Malaysia tak salah sebab :
1. Nazri (Menteri Lawyer) kata kalau niat baik tak apa kalau nak tonton.
2. Zaid (Presiden KITA) kata tak salah kalau kita anggap video tu sbg dokumentari je.. Jgn anggap video lucah..

Anonymous said...

Macamana nak panggil hang kalau Tambi chik tak di panggil? Tambi...mamak kot? Golongan Mamakkuty ke!

Anonymous said...

Pemfitnah ni terperangkap juga dengan sandiwara orang muda ni rupanya.

Anonymous said...

Pasal kereta pulak yang disibukkan.. pokok sekarang macamana kita nak menghuraikan bahawa video itu tipu..direka... atau bukan Anwar pelakonnya... kalau setakat kata perut dia tak sama... kita kenal sangat ke perut dia...

Anonymous said...

Yang penting Anwar melakukannya atau tidak....

Jangan spin ceritalah tonggong !

Anonymous said...

kepada anon 11:02pm

Hang kalau tak reti nak kaitkan hal kereta & video tu, lebih elok duduk diam2 je.

drp pemuda ampang

Anonymous said...

masalahnya mengikut Dato Johari Abdul, tidak ada pun satu slot yg menunjukkan wajah pelakon tersebut secara penuh muka. hanya secara glimpse atau sambil lalu sahaja. sebabnya, kalau difokus terus ke muka sudah tentu boleh compare dgn muka Anwar. Tapi kalau cuma tunjuk sisi, belakang cmner nak kata tu Anwar. Tujuan utama video ni disiarkan adalah jelas nak mengaibkan DSAI. Video tu memang real tapi pelakon tu bukan la real DSAI. Cuma iras2 muka tapi body posture yang terang2an lari.

Setakat ni xde sorang pun org yg dah tengok video tu menyatakan dengn yakin tu adalah DSAI. Wlaupun mereka dari UMNO. kecuali Tamby dan Eskay je..

AntiAPCO said...

To anon 9.12 am,

Ada... ada.... Zul Noordin YAKIN 110% bahawa lelaki dalam video tu adalah anwar. Masalahnya, semua orang 200% tak yakin dengan Zul Noordin sendiri... hahahaa

Dalam situasi Anwar yang sememangnya diperhatikan dan dikawal ketat 24 jam sehari... macam mana la agaknya dia boleh terfikir untuk lari sekejap ke hotel, palam lubang pelacur, lepas tu cepat-cepat cabut balik ke rumah... hahahahahaa punya laaa lawak bodoh! Sapa yang percaya lawak bodoh ni betul-betul BODOH la.

Anonymous said...

memang aku tak percaya lawak bodoh nih. maka marilah kita sama-sama mendoakan agar tunjukan kebenaran. marilah kita doakan agar lelaki yang melakunkan watan anwar itu ditimpa bala bencana, barah otak, gila babi, sopak, lumpuh seluruh anggota badan dan sebagainya. kerana sanggup memfitnah dengan fitnah yang keji dan hina. ayuh semua gerakan semua bahagian dan cabang pkr dan pas untuk melakukan solat hajat dan bacaan yasin agar pecacai umco itu menerima padahnya.

Archive

Related Posts with Thumbnails