Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, March 23, 2011

Video Lucah : Jangan kaitkan tiga ‘Datuk T’ dengan UMNO

“Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz..

Jangan kaitkan mereka dengan UMNO?? kah..kah..kah.. tapi mereka Ahli UMNO kan? VVIP lagi.. habistu kalau jangan kaitkan dengan UMNO nak kaitkan dengan apa? Nak kaitkan dengan APCO?

Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga ‘Datuk T’ dengan Umno

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah “Datuk T” — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

“Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

“Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini),” kata Ahli Parlimen Padang Rengas.


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

“Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara.

Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.

“Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),’ kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.

Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.

“Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

9 comments:

Anonymous said...

Ha Ha ha..semua mau lari...bagi statement macam sial. padahal semalam beriya2 stated percaya n sokong..bodoh betul melayu2 ni..buat malu org islam ajer..Semoga Allah swt melaknat org yg membuat fitnah!

Anonymous said...

Kenyataan nak cuci tangan tu...

Anonymous said...

okey..jangan kaitkan dengan UMNO, kaitkan puak-puak ni dengan golongan munafikin... mujrimin.... kafirin????

Mulut Busuk said...

Ini PESAKA ka PUAKA?

Memperjuangkan Melayu....Tp...BUNUH MELAYU.

Memang CILAKA PUAK2 PESAKA YG PUAKA.

Anonymous said...

jadinya.. antara 3 orang sial lagi celaka ini sapa sebenarnya yg dakwa disuruh Anwar ibrahim ambilkan jam tangan Omega yg tertinggal di hotel tempt berlaku kejadian.. takkan TS Rahim kot? Dia benci anwar sungguh2 sampai mati.. Dato Shazryl? xpernh dgr dia berkwn dgn Anwar.. degn Dato Shuib perkasa lg la xgeng.. Hari ni lak cerita berubah, Shazryl kata jam tu diserahkn oleh perempuan yg dlm video tu..smlm dia kata dia sorang2 yg cari xde pulak sebut pasal jam tu kat tngan perempuan sundal tu.. Nampak tak macaman diorng bertiga kelam kabut bagi statement merapu semata2 nak lari dari malu.. Tu laa.. saya dah bgtahu.. Mereka merancang Allah juga merancang.. Setiap kejahatan pasti ada balasannya..
Kepada pak berahim. pecat aje bendahari awk tu.. toksah nak selindung kata dia ada cdng nal letak jawatan.. taktik lama

y/b danisanin

Anonymous said...

PERKASA = PERKOSA

PEKIDA = PUKIDA

UMNO = APCO

BN = BINI NAJIB, BARANG NAIK. BATANG NAIK, BATANG NAJIB, BARUA NAJIB

Bombo said...

cilaka 3T buat malu melayu,kenapa selalu berkait dgn sundal2,apa moral melayu mcm tu,tak patut melayu bunuh melayu....senangkah kita utk mcm itu...cilaka3....

Anonymous said...

Katakan Allah itu hampir, lebeh hampir dari urat saraf anda. Dia maha mengetahui. Mana mau lari ha. Bagi statement lintang pukang dah....

Anonymous said...

Golongan bergelar Tan Sri dan Dato' tak rasa malukah? Patut mamat-mamat ni ditarik balik gelaran tu, bikin malu saja.

Archive

Related Posts with Thumbnails