Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, March 24, 2011

Video Lucah : ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar



PETALING JAYA, 24 Mac - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang “Datuk T” – Datuk Shuib Lazim adalah “pak ciknya”, yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.

Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.

“(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar,” kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.

“Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya,” kata Johari.

Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl.

Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa “Datuk T” bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl.

“Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi,” kata Johari lagi.

Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan “Datuk T” yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

“Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

“Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu,” katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata “Datuk T” melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata:

“Apa pilihan yang mereka ada.”


The Malaysian Insider

3 comments:

alburn said...

Cerita macam ni dah macam sarkes pulak. Semua kerja gila,macamlah raayat Malaysia ni bodoh. Senang nak percaya benda2 macam ni.Tak da kerja lain ka? orang politik ni. Pikir cuma nak jatuh dan aibkan orang. Yang nak jadi moralist tu pun bukan orang tak kenai sapa dia.Gamaknya tak taubat lagi dia rupe nye.

watcher said...

cuma fanatik kerajaan BN dan orang bodoh ja yg percaya fitnah video seks tersebut.moga tanah malaysia di jauhi bala dari tuhan akibat fitnah2 yg keterlaluan ini....mudah-mudahan balasan tuhan kepada mereka yg terlibat dlm fitnah tersebut sahaja.Hanya untuk mengekalkan BN terus memerintah MALAYSIA berbagai fitnah di lakukan....sungguh jijik,keji,memalukan lagi UN-ISLAMIC betul.

Anonymous said...

Pelakon itu adalah SK sendiri, kerana dia memiliki mirip wajah DSAI. Sayangnya perut SK buncit, punggung tonggek dan berbulu. DSAI sakit tulang belakang , mustahil mampu beraksi.Ini cerita bohong utk menjatuhkan DSAI dari pesada politik tanah air. UMpNO tak cukup reka cipta Kes Liwat, cipta pula yg ini utk tipu rakyat supaya DSAI hilang kredibiliti......boleh mampooslah Najuib, yg rogol amah tutup cerita.

Archive

Related Posts with Thumbnails