KUALA LUMPUR, 22 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu sebarang tuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu disalurkan menerusi prosedur perundangan sah termasuk hukum syariah jika ia membabitkan seorang Muslim.
Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan tersebut juga mahu pihak pendakwa dan pembela menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunah.
“Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh.
“Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan,” kata presidennya Dr Muhamad Razak Idris dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini mengulas laporan pendedahan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.
Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.
Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Justeru kata Muhamad Razak, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf yang turut menafikan hak si tertuduh sebagai saksi pada masa-masa akan datang.
“Hal ini selari dengan salah satu prinsip utama Maqasid Syariah iaitu untuk menjamin serta melindungi maruah dan serta kehormatan seseorang individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia,” kata beliau Muhamad Razak.
Malah tegas beliau, dalam konteks perundangan negara yang unik, seseorang tidak sahaja berhak menuntut untuk dibicarakan dan membela dirinya menerusi lunas perundangan sivil yang sah.
“Bahkan sebagai seorang Muslim juga, beliau berhak untuk dibicarakan serta menafikan sebarang dakwaan yang dikemukakan ke atasnya dalam prosiding perbicaraan Mahkamah Syariah sepertimana yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
“Justeru, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan oleh Syariah untuk kebaikan bersama,” katanya.
Beliau juga berkata, ABIM juga meminta sebarang perbincangan dan perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan, di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika.
The Malaysian Insider


3 comments:
Assalam saudara pengarang dan pembaca sekelian,
Adakah anda bersetuju bahawa tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa demonstrasi yang mendesak DSAI menyerahkan DNAnya ada berkait rapat dengan video lucah yang memfitnah DSAI. Teorinya adalah sekiranya DSAI menyerahkan DNAnya, maka mudahlah "syaitan" memalitkannya kepada kemaluan pelacur tersebut. Oleh itu, DSAI akan didakwa pula atas tuduhan melakukan persetubuhan haram dengan pelacur. Sehingga kini identiti pelacur itu tidak didedahkan mungkin kerana orang akan siasat bahawa siapakah sebenarnya melangganinya pada jam 10.23 hingga 10.45 malam 21 Februari lepas. Komen dan respon saudara pengarang dan pembaca amat dialu-alukan. Sekian. terima kasih.
demonstrasi mendesak anwar serahkan dna secara sukarela tiada kaitan dgn video seks anwar kerana tiada siapa tahu akan adanya video seks tersebut apatah lagi kejadian video itu dikatakan berlaku baru-baru ini. Tapi kini itu sudah jadi sejarah kerana 3 barang bukti sudah di terima mahkamah. Kita semua hendak tahu : Apakah benar anwar ibrahim seorang peliwat dan pelaku hubungan seks haram! kala pun anwar tidak dapat di tuduh di bawah undang-undang hudud, apakah dia tidak boleh di dakwa di bawah ta'zir!! Apakah perogol dan pelaku zina hingga lahirnya anak tiada taraf, dalam islam tetap juga memestikan 4 saksi baik!! Dimana keadilan Islam kepada mangsa dan mangsa yang ingin mendedahkan kejahatan orang yang telah merogol dan meliwat dia!?? Ramai yang telah menonton video seks anwar itu termasuk editor harakah dan malaysia today. Mengapa mereka membisu!? Apa-apa pun dalam kes liwat anwar ibrahim ini, saya minta semua pembaca supaya membaca penghakiamn bertulis kes liwat anwar-azizan dahulu. Benar, anwar di bebaskan tetapi adalah benar dan fakta juga bahawa anwar ibrahim di dapati memang meliwat!
anon 9;25 INI PASTI SPESIS BODO gua musang....buktikan!!!
Post a Comment