Wednesday, March 2, 2011

UMNO ikut perangai diktator Mesir dan Libya..

MERLIMAU: Perangai mengkaya-raya anak hingga menjadi jutawan yang berlaku di kalangan diktator Mesir mahupun Libya, sudah lama berlaku di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sebahagian penduduk Merlimau yang mengikuti ceramah Anwar

Beliau berkata, penyenaraian Mokhzani Mahathir dan Nazir Razak sebagai antara anak Melayu paling kaya di Malaysia membuktikan hanya anak pimpinan tertinggi negara atau kroni Umno Barisan Nasional (BN) sahaja dilimpahi kontrak mewah.


“Siapa sangka, Saif al Islam – anak Gadaffi kaya-raya? Dulu kita tidak pernah dengar kerana medianya – ‘Utusan Libya’ tidak siar berita itu. Kini, semuanya terdedah dan rakyat Libya bangkit melawan. Begitu juga anak Hosni Mubarak, Gamel juga kaya raya.

“Di Malaysia, yang kaya raya siapa? Anak Mahathir, adik Najib. Masuk senarai paling kaya di Malaysia,” katanya dalam ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk tempatan, sambil menambah seorang lagi ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang kroni Umno BN.

Saif adalah anak kedua dari isteri kedua Gadaffi, Safia Farkash manakala Gamel adalah anak bongsu Hosni Mubarak – dua-duanya dikatakan mengumpul kekayaan ketika bapa mereka masih berkuasa.

Mengikut kaji selidik majalah Malaysian Business, Mokhzani yang menerajui Kencana Petroleum menghimpun kekayaan RM1.6 bilion manakala Syed Mokhtar pula memiliki kekayaan RM8.84 bilion.

Nazir yang mengetuai Kumpulan CIMB melonggok kekayaaan RM145 juta turut memasuki senarai orang paling kaya di Malaysia, baru-baru ini.

Anwar berkata, Mokhzani sekalipun tergolong sebagai orang paling kaya, baru-baru ini menjadi antara tiga individu yang dikurnia kontrak minyak bernilai RM2.45 bilion.

“Mereka terlibat dalam usaha mencari gali minyak di Sudan dan Iraq,” katanya yang kesal lantaran kekayaan negara hanya berlegar-legar di kalangan pimpinan Umno BN, ahli keluarga dan kroni mereka.


keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails