Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, March 4, 2011

Ummi! tak takut azab neraka ke? tanya Azwan

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adik beradiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.


Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan adik beradiknya itu bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

keadilandaily

11 comments:

Anonymous said...

Seingat aku dulu, azwan nie memang cukup backup kakak dia si Betina sekor nie, dan bantai abangnya Azmin Ali.

Tapi lepas balik umrah nampak gayanya dia dah backup abangnya plak dan bantai plak si BETINA nie.

kat situ dah boleh nampak kot siapa yang betul dan siapa yang salah.

-wakleman

Anonymous said...

allah itu maha kaya, mampu mgubah hati sesiapa shj yg dia kehendaki. amatlah malang dan hinanya pyokong2 umno yg telah dipaterikan hatinya dari menerima kebenaran....huhuhuhu...

Anonymous said...

aku cukup pelik camne dasyat politik ni smpi blh pecah belahkn keluarga..ke famly diorg ni ade agenda tsendiri

Anonymous said...

dalam setandan pisang, tak semua baik. dalam satu keluarga, tak semua harmoni. tgk situasi mcm teruk family diorg.tp. dari dulu lagi si ummi tu buat hal...dan azmin tetap dgn perjuangan dia..hmmp..korang ada akal pikiran..pikirkanlah..jangan jadi melayu yg tak berpikir dan bodoh!

Anonymous said...

aku fikir macam ni..dulu aku cukup meluat kt Ummi ni..sebab dialah Anwar hilang semua..tapi dok pikiq2 balik perdirian Ummi consistant,tetap berdiri menegah kebenaran..pasal ingat dulu 1998 Ummi buat fitnah kt Anwar sebab dengki kat UMNO/BN...tapi bila Anwar luar UMNO/BN masih dok hemtam lagi Anwar lagi..hangpa pikiq tengok...takan time dia hentam Anwar 1998 pembangkang bayar dia..la ni UMNO pulak ke bayar dia...tak mungkin UMNO bayar dia pulak sebab dialah UMNO kena krisis teruk dulu...

Anonymous said...

Anonymous 12:38 am -

Mana pula dia against UMNO/BN in 1998. Dari dulu sampai sekarang dia against Anwar and pro UMNO/BN. Rasanya dia nak jawatan dalam umno tapi tak ada orang nak lantik dia jadi sampai sekarang jaja cerita untok tonjolkan diri.

Anonymous said...

umi hafelda ni dok minat jawatan trm kot(secand lady).

Anonymous said...

bodoh punya Anonymous 12:38 am

kenyataan tahap bangang! tak mengikut perkembangan!

Anonymous said...

Hoi!bila pulak Ummi ni dengki ke Anwar and UMNO/BN? Bia betol..yg aku ingat,Ummi ni memang syok kat Anwar, sampai simpan gambaq Anwar dalam bantal! tp Anwar tak layan...Ye la, pasal konsisten2 ni..memang la disebabkan DUIT! DUIT banggg...

Anonymous said...

bodohlah sangat ko cakap konsisten.dulu masa anwar dekat BN dia tuduh2 sebab nak jatuhkan anwar..

pakngah santan said...

jom kita semua pakat2 saman dia on behalf of anwar? dah tau dia fitnah, gerenti kita boleh menang. boleh kongsi wang saman. ummi ni banyak duit, mesti dia boleh bayar punya.

Archive

Related Posts with Thumbnails