Thursday, March 3, 2011

Ummi Hafilda mencari makan di Merlimau pula..

Ada blogger pro UMNO juga yang mengatakan ceramah Ummi dan Calon BN di Merlimau telah membuatkan PAS mula takut terhadap ceramah Ummi itu.. tapi kalau ceramah setakat 150 orang saja yang hadir nak takut apa bendanya???

Ummi rayu pengundi Merlimau tolak Anwar dan Pakatan

JASIN,
3 Mac — Ummi Hafilda Ali yang tampil di pentas Barisan Nasional (BN) menggesa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.


Ini merupakan kali pertama Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil BN di Merlimau.

Ummi Hafilda, pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu.

“Selepas 13 tahun saya mendiamkan diri . . . sudah lama saya bersabar, sabar saya juga ada had dan saya kembali untuk membongkar rahsia Anwar Ibrahim.

“Saya tampil adalah untuk membersihkan segala fitnah yang dilemparkan terhadap saya, segala tohmahan terhadap saya. Apa yang saya alami selama ini mungkin tidak pernah dialami mana-mana ahli politik,” katanya ketika menyampaikan ceramah Membongkarkan Penyelewengan dan Pembohongan Pakatan Rakyat di Bilik Gerakan BN Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi.

Dengan nada suara yang serius, Ummi Hafilda memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda juga berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa tujuan lain selain mahu menegakkan kebenaran.

“Apa guna saya nak aibkan . . . apa guna saya nak zalimi abang saya kalau bukan kerana kebenaran, Azmin tahu segala-galanya tapi dia menghalalkan apa yang berlaku.

“Kalau kata saya fitnah, samanlah saya... Azmin samanlah saya... Anwar samanlah saya, kalau orang kata saya gila glamor, gila duit kenapa perlu saya tunggu 13 tahun,” katanya.

Kira-kira 150 orang menghadiri ceramah itu.

Kedatangan Ummi Hafilda di Merlimau dilihat cuba untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan itu terutamanya orang Melayu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails