Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 22, 2011

Umi Hafilda tak laku di Kedah.



ALOR SETAR, 22 Mac: Imej Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi apabila dilondehkan di kubu kuatnya sendiri.

Hasrat pemimpin nombor satu Umno Kedah menampilkan watak utama konspirasi 1998, Umi Hafilda Ali dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi terpaksa dibatalkan ekoran desakan kuat mereka yang muak dengan fitnah dan pembohongan wanita itu.


Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka yang berkumpul kebanyakannya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Umno memperlakukan sewenangnya dewan orang ramai seperti harta mereka sendiri.

"Ini dewan orang ramai milik kerajaan negeri bukannya hak Umno, selama lebih 50 tahun Umno dah buat harta kerajaan macam harta dia, dewan orang ramai bukan untuk dijadikan markas Umno atau pejabat mana-mana parti politik.

"Umno harus kosongkan mana-mana dewan milik kerajaan di negeri ini yang selama ini dijadikan markas mereka, termasuk juga Datuk Bashah yang tak malu menumpang di pejabat penghulu dan menjadikan premis itu pejabat operasinya sebagai wakil rakyat Bakar Bata," kata salah seorang dari peserta bantahan pada malam itu.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bakar Bata, Zulkifli Che Harun yang ditemui mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berkumpul menyuarakan bantahan mereka terhadap kerakusan Umno itu.

"Bagi pihak MTD dan PAS Kawasan Alor Setar, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berani menyuarakan bantahan ini di samping berjaya menyekat Umi Hafilda dari terus melemparkan fitnah jahatnya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

"Ini merupakan petanda kebangkitan golongan muda dan rakyat yang telah muak dan jelak dengan pembohongan dan fitnah Umno dan kuncunya. Kita lihat bagaimana reputasi Datuk Bashah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tercalar kerana dimalukan di kubu sendiri," katanya.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat PAS Kawasan Alor Setar berhubung penganjuran ceramah oleh Umno yang disyaki tidak memohon permit polis dan menyalahgunakan premis awam milik kerajaan untuk tujuan politik sempit mereka.

Sehubungan itu sepasukan anggota polis telah bertindak membatalkan ceramah Umi Hafilda yang kebelakangan ini kerap muncul dengan isu-isu sensasi bertujuan melemparkan fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Harakahdaily

9 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,

mohon linkkan blog saya http://zulkifli-salleh.blogspot.com/

blog tuan sudah saya linkkan.

-SISTEM DUNIA-

Anonymous said...

Padan muka Mek Ummi tu...

Biaq dia sedaq diri...

Perempuan tak bermaruah...

Aku pun heran...macam mana UMNgOk boleh bela perempuan macam tu...

2 kali 5...5 kali 2

Sama lah perangai dia orang...

Puiiii

Anak Sungai Derhaka said...

Salam Tuan Sistem Dunia..

Sudah saya link kan...

5sal said...

As Salam bro!Aku harap lepaih ni semua anak2 MUDA dibawah pentadbiran negeri PR depa boleh ikut contoh anak2 MUDA negeri KEDAH la pulak!Cam mana Bro?Boleh wat ka dak?Jangan duk bagi muka kat puak2 ni.Wassalam!

Umno Kedah... said...

Sia-sia hampa dok jadi ahli um-NO-ngok. Dah la sora hampa tak laku tapi puak wakil rakyat yg melompat pi kat hampa mendapat layanan lebih baik, siap dpt duit jutaan ringgit. Padahal sah sah depa tu tiada kesetian.

Hampa yg dok setia lagi tu buat apaaaaa......

APa nak heran org um-NO-ngok ni dok bela betina jalang tu sbb depa pun jalang, dipilih oleh org yg jalang. Sbb tu depa buleh bela org lagu tu.

zaireey said...

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Anonymous said...

Dah byk 'FITNAH' yg umi taburkan namun si-mangsa-fitnah sehingga kita tak mau amik tindakan undang2 pada pompuan ni. Kenapa yerk?

(jwb bukan dgn hati, tapi sila jwb sgn fikiran terbuka)

AnakKedahDukKL said...

Dulu lagi aku dh habaq.. Hampehhh.. Bila Najib lantik Ahmad Bashah yang tak sekolah tinggi ni sbg Pengerusi UMNO Kedah nampak sgt BN tak yakin dpt tawan Kedah balik.. Ahmad Bashah je yang sanggup agaknya jadi Pengerusi..

Mamat cun said...

Lakonan Ahmad Bashah kat kedah mcm2 je tak menjadi sebab otak cetik lowclass mcm mana nak pimpin umno dan rakyat kedah,org tak respec muka mcm tu buat malu org jelapang je,beragan nak jadi menteri huh, jadi menteri pasola dan bersama mu kat tv3/4 aaaitu yg cunnya,,,kah3..

Archive

Related Posts with Thumbnails