Tuesday, March 1, 2011

Tuduhan Liwat : ‘DNA lelaki Y’ itu DNA Anwar?

Sebelum itu, ini pesanan dari DS Wan Azizah yang disampaikan melalui wakilnya dalam Mesyuarat Cabang Permatang Pauh baru-baru ini, pesannya beliau meminta agar sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan PR agar mengadakan solat hajat dan berdoa agar kes ini digugurkan kerana apa yang jelas sekarang ialah pihak pendakwaan akan menggunakan apa saja cara bagi merealisasikan hasrat seseorang atau pihak tertentu untuk meletakkan Anwar kedalam penjara semula..




KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah 2 hari ini dijangka menyaksikan pihak pendakwa akan berusaha mengaitkan sampel DNA lelaki Y adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sampel DNA itu diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala yang mengaitkan ia dengan ‘Lelaki Y’ berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini, namun pihak pendakwa tidak mendedahkan dari mana sampel itu diambil.

Hari ini mahkamah memanggil beberapa lagi saksi pendakwa termasuk Pegawai Siasatan kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman.

Dalam sesi soal balas yang dilakukan pihak peguam bela setakat ini, pertanyaan terhadap Yahya menjurus kepada penahanan Anwar ketika dilokap Bukit Aman pada 16 Julai 2008, di mana kemungkinan DNA Anwar diambil pada masa itu.

Mahkamah turut diberitahu keadaan lokap yang sangat menyedihkan, termasuk keadaan tandas yang kotor- menyebabkan peguam Anwar, Karpal Singh menyifatkan keadaan itu tidak ubah seperti ‘kandang haiwan’.

DSP Yahya juga memberitahu Anwar tidak dibekalkan dengan sebiji bantal meskipun tertuduh itu ada mengadu mengalami sakit belakang. Lebih mengejutkan DSP Yahya sendiri tidak mengetahui siapa yang memberi arahan penahanan Anwar.

Perbicaraan di mahkamah kini sedang berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45 petang dengan DSP Yahya menyambung keterangannya. Berikut kronologi perbicaraan setakat ini:


9.15 pagi – Perbicaraan bermula. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami tiba di mahkamah.

9.16 pagi – Jurufoto dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Lans Korporal Hasri bin Hassan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa. Berusia 32 tahun, Hasri mula bertugas dengan Polis DiRaja Malaysia sejak Mac 2001.

9.20 pagi – Beliau mengecam 14 keping gambar yang diambil dalam lokap antaranya lokasi dalam sel lokap, berus gigi, tuala putih ‘Good Morning’ serta sehelai bulu.

9.27 pagi – En Amidon Adnan, 60 tahun, bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman dipanggil memberi keterangan. Menurutnya, sepanjang bertugas bersama pasukan polis sejak 1976, beliau sudah memberi keterangan di mahkamah tidak kurang daripada 900 kali.

9.35 pagi – Menurutnya, beliau ‘merampas sehelai bulu dari unit 11-5-1 Desa Damanasara, sebidang karpet sutera China dan sehelai selimut duvet berjenama ‘Pasaya’ dari unit 11-5-2.

10.11 pagi – Peguam Anwar, Karpal Singh membantah permohonan Pendakwaraya untuk menjadikan ‘sehelai bulu yang dirampas daripada lokap’ di IPK KL sebagai bahan bukti. Karpal mahu perbicaraan dalam perbicaraan jika pendakwaraya mahu meneruskan usaha itu.

Hakim Zabidin menolak permohonan pendakwa raya menjadikan bahan tersebut sebagai bukti sebaliknya ia ditandakan sebagai ID sahaja, dan akan ditentukan kemudian jika pendakwaraya masih mahu menjadikannya sebagai bahan bukti.

10.13 pagi – Inspektor pelatih di Makmal Forensik PDRM Bukit Aman, Inspektor Nor Ayuni Mohd Fuad, memberi keterangan di kandang saksi. Nor Ayuni adalah sebahagian daripada pasukan yang membantu Anidon (bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik PDRM Bukit Aman).

10.33 – Nor Ayuni selesai memberi keterangan. Mahkamah ditangguhkan ke jam 11 pagi.

11.09 pagi – Mahkamah bersidang semula. Pegawai Siasatan Kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman dipanggil memberi keterangan.

11.10 pagi – Dr Badrul Amin tiba di galeri awam mahkamah.

11.15 pagi – DSP Yahya memberi keterangan dengan merujuk buku lawatan lokap D9 yang terletak di Tingkat 7, IPK KL Bukit Aman.

11.16 pagi – Karpal Singh membantah permohonan DPP Noordin Hassan untuk menjadikan buku lawatan lokap tersebut sebagai bukti kerana pasukan peguambela
tidak menerima salinan fotokopi mukasurat yang tercatit waktu DSP Yahya melakukan lawatan rutin beliau ke lokap tersebut

11.19 pagi- Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kelana Jaya tiba di galeri awam.

11.25 pagi – Menurut DSP Yahya, berdasarkan buku lawatan lokap itu, Anwar dibawa ke lokap tersebut pada jam 11.05 malam 16 Julai 2008. Anwar dibawa dari Bilik Mesyuarat D9 sebelum menghabiskan satu malam di lokap pada 16 Julai 2008. Anwar dibenarkan membawa sebotol air mineral bersamanya atas budi bicara DSP Yahya.

11.33 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar dibebas pada jam 8 pagi 17 Julai 2008.
11.43 pagi – Menurut DSP Yahya, lokap yang menempatkan Anwar mempunyai CCTV tetapi ia tidak berfungsi. Menurutnya lagi, sewaktu ia berfungsi, ia digunakan untuk memerhatikan polis yang mengawal lokap.

11.47 pagi – Sewaktu pemeriksaan balas, Karpal menarik perhatian Yahya kepada gambar keadaan lokap yang dirakam pihak polis. Menurut Karpal, lokap tersebut tidak ubah seperti kandang haiwan.

Namun, menurut DSP Yahya, ia memenuhi standard sama yang digunapakai di seluruh negara. Lebih memeranjatkan adalah apabila DSP Yahya membuat pengakuan bahawa beliau tidak pasti siapa yang mengarahkan penangkapan Anwar dilakukan.

“Saya tak pasti siapa arahkan Datuk Seri Anwar dimasukkan ke dalam lokap,”
“Saya tak tahu tapi (peguambela) boleh periksa dengan pegawai penyiasat,” kata DSP Yahya.

11.51 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar juga tidak dibekalkan bantal walaupun beliau ada mengadu kepada polis yang beliau mengalami sakit tulang belakang.

11.56 pagi – Hadirin di mahkamah tergelak kecil apabila DSP Yahya yang sebelum ini menyatakan tandas di lokap ‘nampak kotor tapi bersih’ menukar kenyataannya kepada ‘nampaknya kurang bersih’ apabila Karpal meminta beliau memberikan pendapatnya tentang keadaan tandas tersebut ‘dengan ikhlas’.

11.59 pagi – Mahkamah ditangguhkan ke jam 2.45 petang.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails