Tuesday, March 15, 2011

Tuduhan Liwat : Adik Karpal meninggal, Perbicaraan Ditangguh 6 Disember

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kes perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 6 Disember depan.

Penanguuhan itu diminta Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria yang menggantikan Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang mengalami kemalangan kecil semalam

Hanafiah berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persediaan dan meneliti butiran bagi menjawab hujahan yang dikemukakan peguam bela.


Beliau mengemukakan afidavit bagi membalas hujah berhubung permohonan peguam bela, Karpal Singh sebelum untuk menukar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah.

Dalam respon bertulisnya, pasukan pendakwa menyatakan permohonan pengguguran hakim adalah tidak munasabah.

Semalam, mahkamah mendengar permohonan Karpal Singh mengemukakan hujah mengapa Mohamad Zabidin perlu dilucut daripada mendengar kes itu.

Dalam hujahannya, Karpal berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembela dibekal laporan klinikal pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berkata, penukaran dibuat berikutan tindakan hakim yang menolak permohonan dokumen penting perbicaraan menyebabkan Anwar tidak yakin untuk mendapat perbicaraan adil.


Berita sebelumnya..

Adik Karpal Singh meninggal, perbicaraan ditangguh


KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan hari ini kerana adik ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurutnya, adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam justeru perbicaraan yang sepatutnya diteruskan pagi ini terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian mendiang.

“Karpal kini berada di Pulau Pinang untuk menguruskan upacara pengebumian.

“Beliau juga akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terbabit dengan acara keagamaan,” jelas Sankara.

Sementara itu, Ketua Pendakwa Raya, Mohd Yusof Zainal Abiden berkata, dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.


Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwa.


Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu.

Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA untuk diuji.

Pada perbicaraan semalam, Karpal membidas pihak pendakwa yang membocorkan afidavit kepada akhbar sebelum dikemukakan di mahkamah dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai menghina mahkamah.

Afidavit tersebut adalah berkenaan hujah pendakwa mengenai keputusan hakim dalam ‘mini trial’ yang akan dibaca pada semalam, tetapi akhbar New Straits Times telah menyiarkannya dua hari sebelum itu.

Ketika menjawab hujah Karpal, Mohd Yusof mengakui dia bertanggungjawab atas kebocoran itu.

Sehubungan itu, Karpal menyifatkan tindakan Yusof sebagai ‘tidak bertanggungjawab, menghina mahkamah, serta penuh skandal.’

Ia juga merupakan bukti bahawa Yusof sememangnya mengikut telunjuk ahli politik yang menjadi tuannya.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails