TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.
Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.
(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.
Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.
Harakahdaily

9 comments:
oii pas lingkup la...jahanam!
ada2 jer PASapu sampah...mesti tipu nie....suka ckp fitnah...kan tekena sendiri...haha...sama jer 2x5..5x2...kahkahkahaha...PAS bodo...
Ada peluang saman Ust. Kalau menang gunakan duit tsb lawan PKMB(UMNO).
Tahniah kepada yang menang dan yang tak menang...munasabahlah diri..fikirkan sesuatu kenapa tak menang...dan seperkara lagi agama Islam bukan boleh dijual beli..dan undi parti boleh masuk syurga pun...sebab nak bangun Islam bukan dibibir aje..hendaklah terjermah ke realiti...
Anak Penanti,Pulau Pinang
saman mempertahankan yang hak :)
Damage has been done.... saman jer Utusan (Fitnah) Malaysia & TV3 suku nie...... yang diaorang Blogger UMNO giler tu buatperr!!!!!
Salam, harap PAS teruskan bertanding PRU/PRK walau pun tempat UMNO kuat giler, bukan nya apa, kalau tak menang pun, taraf hidup & pasarana boleh diperbaiki dengan projek (mee) segera...... jadi tempat2 UMNO kuat giler, tapi pembangunan tak sampai2.... doa2kan wakil rakyat cepat mati supaya projek2 boleh datang macam silap mata!!!!!
sepatutnya penyokong umnoapco terima kaseh kepada pas! kerana pas bertanding dalam prk penyokong umnoapco mendapat sedikit habuan sebagai sogokan untuk memenangkan umnoapco /bn kalau tidak jangan harap kerajaan najib akan bermurah hati terhadap kamu orang.
seronok penyokong gerombolan tembak PAS. kira hebat ler tu..hehe..
Post a Comment