Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.Jumlah undi rosak diterima ialah 132.
Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,724 undi.
BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.
Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.
Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.
Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau

3 comments:
keputusan sudah dijangka.PAS kena terima hakikat dan jangan risau.Masuk bertanding itu pun sudah satu kejayaan walaupun perit menempuh kekalahan berulang.Insyallah kemenangan akan tertegak.Cuma kecetekan minda org melayu utk berfikir akan kehendak perubahan itu masih jauh....sungguh jauh..kepada PR, itulah cabaran anda..tahniah kepada UBN dengan strategi hebat memperbodohkan org melayu..lagi..dan lagi..
Sedih jug sebab begitu mudahnya kebanyakan orang Malaysia mudah kelabu mata apabila disogok dengan duit dan projek atas dasar pembangunan sampai lupa tanggungjawab kepada agama dan negara.. PR jgn putus asa.. Masa 2008 pun senario mcm ni juga.. Harap2 PRU13 rakyat akan sedar apabila tak ada 'gula2' yang boleh diberi oleh BN..
"Dacing berat sebelah" boleh menang di kawasan mundur dan di kawasan yang tidak berapa membangun di mana penduduknya masih lagi belum membuat anjakan paradigma dan masih lagi belum keluar dari belenggu minda mereka. Apa nak dihairankan, apa yang perlu PR lakukan adalah berusaha memberi tentangan kepada "dacing berat sebelah". "Dacing berat sebelah akan bertemu buku dengan ruas dalam PRU nanti. Jadi bersiap sedialah untuk hadapi sebarang kemungkinan.
Post a Comment