Thursday, March 17, 2011

Thailand pertimbang semula rancangan tenaga nuklearnya



BANGKOK - Thailand akan mempertimbangkan semula rancangannya untuk membina lima loji tenaga nuklear berikutan potensi membawa bencana seperti yang ditunjukkan oleh kemudahan itu selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan agar program tenaga nuklear itu diberhentikan.


"Saya tidak mahu menyebabkan risiko kepada nyawa rakyat Thai jika kita teruskan program tersebut," kata beliau.

Thailand merancang membangunkan lima loji tenaga nuklearnya dengan kemampuan 5,000 megawat dalam masa lima tahun bermula 2020.

Pada hakikatnya, lapan tapak telah disenarai pendek untuk program itu yang dibantah degan sekeras-kerasnya oleh penduduk dan aktivis alam sekitar.

Thailand bergantung pada batu arang dan gas untuk menjana bekalan elektriknya Jepun kini menghadapi potensi membawa bencana selepas gempa bumi melumpuhkan loji tenaga nuklear yang meletup dan mengeluarkan radiasa tahap rendah terapung ke arah Tokyo. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails