Wednesday, March 9, 2011

TG Nik Aziz liabiliti kepada PAS ?

Dalam kenyataannya yang jelas untuk memecahkan perpaduan atau kerjasama antara PAS dan PKR, Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan telah berkata "Pas tidak mahu Anwar dan PKR menjadi liabiliti kepada mereka di sana. Ini kerana Pas sedar jika Anwar dan tokoh-tokoh PKR hadir, sokongan pengundi terhadap mereka, bukan sahaja di Kerdau tetapi Merlimau juga akan terjejas," merujuk kepada mesej Twitter yang kononnya dihantar oleh penyokong PAS dan telah disiarkan oleh sebuah blog Pro UMNO. Baca di SINI

Semalam pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam berkata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin menjadi liabiliti kepada parti pembangkang itu apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan PAS semakin kehilangan sokongan rakyat.

Tapi apa kena mengena liability kepada PAS itu dengan UMNO? Sepatutnya pemimpin UMNO bergembira kerana dua tokoh itu menjadi liability kepada PAS..


Hakikatnya kedua-dua tokoh itu perlu dikatakan katakan sebagai liability kepada PAS hanya kerana kedua-dua mereka merupakan ikon dalam Pakatan Rakyat yang amat dihormati oleh penyokong Pakatan Rakyat..

Agak menghairankan kenapa pemimpin-pemimpin UMNO begitu prihatin akan tentang PAS..

Yang jelas ini hanyalah cubaan bodoh Ali Rustam untuk menghakis kepercayaan penyokong Pakatan Rakyat terhadap TG Nik Aziz..


Nik Aziz adalah liabiliti kepada PAS: Ali
2011/03/08

MELAKA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin menjadi liabiliti kepada parti pembangkang itu apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan PAS semakin kehilangan sokongan rakyat. Katanya, kehilangan sokongan ini terbukti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu, apabila undi diperoleh PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan Barisan Nasional(BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Mohd Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"UMNO memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih UMNO yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails