KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dicadang membuat usul tergempar di Parlimen mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat semua pendedahan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Pengerusi Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.“Pendedahan Sarawak Report dan badan bukan kerajaan (NGO) lain mengenai kekayaan beliau (Taib Mahmud) sesuatu yang tidak boleh dinafikan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Semalam, Presiden Transparency International (Malaysia), Paul Low menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan, segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud bagi mengelakkan Malaysia berada dalam kedudukan corot dalam indeks rasuah dunia.
Mengalu-alukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Isnin ini, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, berkata rakyat Sarawak mesti berani melakukan perubahan dengan menyingkirkan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
“Jenayah Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya tidak boleh dimaafkan. Dosa mereka terlalu besar dan rakyat mesti menyingkirkan mereka,” katanya.
Mazlan berkata, jurang kehidupan antara Taib Mahmud dan pemimpin BN jauh berbeza dengan rakyat yang tinggal di pondok buruk sedangkan mereka memiliki mahligai jutaan ringgit.
“Perhatikan penduduk di Kampung Pujut, Miri dengan kroni BN di perumahan elit Luak Esplanade. Macam langit dengan bumi!” katanya.
Beliau juga menyifatkan, rekod buruk pemerintahan 30 tahun Taib Mahmud punca kebanyakan kawasan di Sarawak ketinggalan 40 tahun berbanding Semenanjung Malaysia.
“Penderitaan dan kesengsaraan rakyat akibat kemiskinan tegar meliputi sebahagian besar kehidupan penduduk Sarawak.
“Ketiadaan bekalan api, letrik, air, jalan tanah merah dan prasarana adalah fenomena biasa di negeri itu. Lihat sahaja di Sibu, Bintulu, Batang Lupar, Miri, Limbang dan bahagian lain di Sarawak.
“Tidak tergambar di minda kita, sebuah negeri yang luas, ada minyak dan kawasan balak terbesar di Malaysia, rakyatnya hidup daif,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Paling menyedihkan, kata Mazlan, tanah adat (NCR) yang diteroka sebelum merdeka, dirampas syarikat kroni Taib Mahmud, walaupun penduduk melakukan segala cara untuk mempertahan tanah mereka.
“Memorandum dan laporan polis menjadi rutin tetapi dipandang sepi Taib Mahmud,” katanya yang turut menyelar keangkuhan BN kerana menggunakan samseng untuk mengekang kesedaran rakyat, sekali gus menjadikan Taib Mahmud adalah Hosni Mubarak di Malaysia.
Keadilandaily

3 comments:
KOMENTAR MAZLAN JAUH TERSASAR DAN TIDAK JEJAK DI BUMI NYATA
BEGITU TERUKNYA KEHIDUPAN ORG SARAWAK???
BEGITU JIJIKNYA AKHLAK TAIB DI MATA SAUDARA
PERJUANGAN,JASA DAN PENGORBANAN TAIB MEMERINTAH SARAWAK SELAMA 30 TAHUN
SEWENANG-WENANGNYA DINAFIKAN???
SUNGGUH TIDAK BERHATI PERUT!!!
JGN NAK TUNUTUT KEADILAN UTK DIRI SAHAJA
SEHINGGA KEADILAN UTK ORG LAIN DINAFIKAN
ADAKAH ITU YANG DITUNTUT OLEH ISLAM???
JANGAN LUPA JASA TAIB TERHADAP PEMBANGUNAN ISLAM DI SARAWAK
JGN PISANG BERBUAH 2 KALI(TRAJEDI SABAH,UMNO TERPAKSA MASUK CAMPUR....MASIHKAH KAU INGAT???
AKU TENGOK BLOGGER PAKATAN HARAM NI ASYIK DOK TIBAI TAIB PASAI HARTA JA..KORANG TAU KA ATAU DENGAR ORANG CAKAP JA,
KALAU DAH KATA DIA TIBAI HARTA RAKYAT, REPOT LA APA SUSAH
KORANG TAK PULA TANYA MANA AZMIN DAPAT HARTA, TAK TANYA PULA MANA NUAR JUBOR ADA BANYAK DUIT ASYIK KE LUAR NEGARA JA
BUATLA ENTRI PASAI NUAR PULA SAI HARTA DIA
JASA DIA PADA SARAWAK LU APA TAU..LU ORANG SARAWAK KE ??????
LU BLOGGER PERNAH SAMPAI SARAWAK KE ??? JANGAN TULIS IKUT ORANG CAKAP JE..
ORANG BODOH BERLAGAK PANDAI
Post a Comment