Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 28, 2011

Sudah serik atau takut kalah ni.. Ezam??

Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah “serik” untuk aktif berpolitik dan misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah.

Sudah serik?? Aku lebih percaya dia sedar bahawa manusia yang menyokongnya didalam UMNO hanyalah Rosmah dan Najib.. misinya pula sudah selesai kerana sudah dapat apa yang dihajatkannya itu iaitu jawatan Senator ..

Ezam: Saya sudah serik, keputusan tak mahu tanding PRU muktamad

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah “serik” untuk aktif berpolitik.

“Saya sudah serik, sudah serik,” kata beliau yang menyertai Umno pada Mei 2008 dan tahun lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara.


Ezam berkata beliau akan menyampaikan pendirian yang sama sekiranya pucuk kepimpinan parti memintanya mengkaji semula keputusan itu, sekali gus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. “Keputusan saya tidak mahu bertanding tetap dan ia kekal,” kata Ezam.

“(Pendirian saya) sudah jelas... kalaupun pemimpin parti meminta saya (agar) bertanding nanti, saya akan memberitahu mereka perkara yang sama,” kata beliau.

Beberapa blog sebelum ini menyebut beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan disebut-sebut sebagai pemimpin pelapis negeri Selangor.

Kata Ezam, beliau memutuskan demikian selepas melalui pengalaman cukup “serik” sepanjang dua dekad lalu termasuk mengorbankan banyak aspek termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perjuangankan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas Anwar dipecat pada September 1998, beliau bersama beberapa pemimpin yang lain keluar Umno untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau keluar PKR pada 2007 dan menyertai semula parti Umno pada 28 Mei 2008.

“Saya sebenarnya sudah keluar untuk tidak aktif berpolitik, selama dua tahun selepas saya keluar PKR dan menyertai usaha melawan rasuah,” katanya yang merupakan ahli Umno Petaling Jaya Selatan. Ezam merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan ISA.

Semalam, Ezam berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh BN untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

“Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor,” katanya.

Kata Ezam, misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah.

“Saya menyertai Umno untuk menjelaskan tentang Datuk Seri Anwar dan PKR, di mana tugas ini sudah selesai, sudah dapat menjelaskan kepada rakyat. “Sekarang saya mahu membantu kerajaan dalam melawan rasuah,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai cakap-cakap bahawa beliau merupakan pemimpin lapisan menerajui kerajaan negeri Selangor, Ezam berkata: “Perkara itu tak timbul. Bukan itu yang saya mahukan.”

“Saya dari awal sudah memberitahu kepimpinan parti bahawa saya hanya mahu memberi penjelasan tentang PKR dan Datuk Seri Anwar dan membantu kerajaan. Saya tidak mahu apa-apa jawatan,” katanya lagi.

The Malaysian Insider

5 comments:

5sal said...

As Salam!Bole caya ka ngan senatak ni,aku tak caya tungu la kalu ada imbuhan sumua ludah,muntah dia akan jilat dan makan balik.Sebab lidah tak bertulang.Wassalam!

Anonymous said...

Ezam kotak perangai haprak,
muka buruk tidak berakhlak,
Apa nak heran dengan sisenatak,
jual prinsip buat porak.

Anonymous said...

perut da cukup buncit kot hahaha

Anonymous said...

Bukan aje perut buncit bro. tapi duit dah berkotak-kotak masyuk kot

janggut said...

bagi la anak bini makan cara elok..pelaq woi...hg kalau cakap mcm musibat...org penang kata...tau la sudah kenyang dgn duit haram,bagi makan pula kat anak bini....apa punya haram jadah manusia.baik jadi babi saja la hg ni..

Archive

Related Posts with Thumbnails