Monday, March 14, 2011

Sebutan semula kes bekas SU Nor Mohamed Yakcop 8 April

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula perbicaraan kes bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, yang didakwa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM2,134,656, tahun lalu.

Hakim Tuan Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas peguam Hasbie, Badrul Munir Mohd Bukhari, memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan semula kertas pertuduhan lebih lengkap dan terperinci mengenai jenis kesalahan tertuduh.


Hasbie, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, dekat sini pada 11 Februari tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Hasbie dihadapkan ke mahkamah pada 10 Februari lalu dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails