Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, March 27, 2011

Saya Tidak Pernah Kesal Bersuamikan Anwar - Wan Azizah

KUALA LUMPUR 27 MAC :Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

“Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.


“Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini.

“Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal,” kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.

Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung.

Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga “Datuk T” membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno.

Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.

“Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran.

“Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada,” kata beliau.

Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: “Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh.

“Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu,” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.


TVS News

7 comments:

cekli@abg chor said...

KAK WAN, SETIAP DUGAAN ITU ADA HIKMAHNYA.

SAYA SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG KERDIL INI, DENGAN PENUH IKHLAS DAN JUJUR, SAYA AMAT KAGUM DAN BERSIMPATI DENGAN ONAK-ONAK YANG PERLU DILALUI OLEH KAK WAN DAN KELUARGA. ALHAMDULILLAH.....KAK WAN DAN KELUARGA BEGITU TABAH DALAM HAL INI. SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA PANJATKAN KEPADA ALLAH swt YANG TELAH MENGURNIAKAN SEORANG HAMBA YANG SENTIASA REDHA DENGAN FITNAH DAN SEGALA MACAM DUGAAN.

YA! SEBAGAI INSAN YANG BERGELAR ISTERI, IBU KEPADA PUTERA/PUTERI DAN KINI SUDAH BERGELAR NENEK/OPAH NAMUN MASI ADA KELOMPOK MANUSIA YANG TIADA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT KEMANUSIAAN SERTA KEKELUARGAAN MENERUSKAN AGENDA MEREKA DENGAN PELBAGAI FITNAH DAN CERITA YANG LANGSUNG MEMBELAKANGKAN NORMA-NORMA KEISLAMAN. MEREKA LUPA BAHAWA MASIH ADA YANG LEBIH BERKUASA WALAUPUN MEREKA ADA KUASA.

SAYA SEBAGAI UMMAT ISLAM YANG SERBA KEKURANGAN INI, DENGAN PENUH TAKZIM DAN IKHLAS MEMOHON KEPADA ALLAH swt AGAR KAK WAN DAN KELUARGA AKAN SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGGAN DARI ALLAH swt SERTA AKAN MEMBERIKAN KEKUATAN SEPANJANG HAYAT. TIDAK LUPA JUGA SAYA MEMOHON KEPADA ALLAH swt AGAR KEBENARAN DAN KEADILAN DAPAT DILIHAT DENGAN MATA HATI YANG IKHLAS DAN JUJUR.

KAK WAN! TERUSKAN PERJUANGAN MU, INSYAALLAH ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA MU DAN KELUARGA.

Anonymous said...

tersentuh saya baca statment dari Dr. Wan Azizah..isteri solehah yg hanya percaya janji dari Allah.wanita baik untuk lelaki yg baik..kalau isteri yg goyah imannye dh lame die tinggal kan DSI anwar.yp die percaya dan berjuang untuk suami tercinta..mmg respect la..semoga Allah melingdungi keluarga mereka..

Anonymous said...

Sy bangga dgn kesabaran dan semangat yg ditunjukkan oleh Datin Seri. Teruskan perjuangan menentang kezaliman dan sifat2 munafik org2 yang ingin menjatuhkan DS Anwar dan Pakatan Rakyat. Sy ahli UMNO tp saya amat membenci perbuatan sebilangan ahli UMNO yg memfitnah dan mempercayai fitnah.

Anonymous said...

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Tidak seperti Arman Azha Abu Hanifah, berjuang demi bangsa dan agama.. isteri tak serupa melayu dan islam.. dedah aurat...

Anonymous said...

Dengan ini saya mengisyiharkan bahawa diri saya bukan lagi ahli UMNO setelah apa yg telah saya saksikan satu lagi konspirasi video seks palsu yg mana ianya semata2 suatu fitnah.....hidup PR.....hidup ANWAR.....kita tumbangkan BN dlm PRU ke 13 nanti....insyaallah....TAKBIRRRRR

hajimat said...

Statement yg paling hiba utk dibaca.

Anonymous said...

Marilah sama2 kita berdoa :
Ya Allah Ya Tuhan kami yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, bantulah kami dalam menegakkan kebenaran Ugama Mu. Kurniakanlah kami kekuatan dan ketabahan. Kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami agar kami tidak terpengaruh dengan segala dugaan yang datang. Ya Allah Ya Tuhan kami yang Maha Perkasa, Engakau lindungilah kami dari segala kejahatan2 dan kezaliman2 hamba2Mu yang lain. Pulangkanlah kembali kepada mereka segala kejahatah, kezaliman, penganiayaan dan keaiban yang ingin mereka berikan kepada kami. Jatuhkanlah mereka iaitu pemimpin2 yang zalim dan tidak amanah, dari kedudukan mereka; dan Engkau gantikanlah mereka dgn org2 yg jujur dn amanah. Hanya pd Mu dpt kami memohon Ya Allah, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan pinta. Perkenankanlah, Ya Allah. Amiin.

Archive

Related Posts with Thumbnails