Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, March 5, 2011

Saya tidak pernah beli tanah Felda - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man tidak pernah membeli tanah milik seorang peneroka Felda sebagaimana didakwa Menteri Besar Pahang, sebaliknya hanya membantu urusan berkenaan, kata pemilik semasa tanah itu hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia memetik Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhaya PAS Pahang membeli tanah berkenaan walaupun beliau sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.

“Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Dia juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.


“Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri dia sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu,” kata pemilik tanah berkenaan Ibrahim Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ibrahim (gambar) menambah, apabila mempunyai duit secukupnya telah mengambil alih tanah itu dan mencagarkan di Mara atas nama syarikatnya.

“Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

“Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan enam hektar (15 ekar) ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi daif sebagaimana didakwa.

Laporan hari ini memetik Adnan berkata, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.

“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya.

Tuan Ibrahim juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bagi PAS.

Pengundian akan berlangsung esok.

Pembelian itu dikatakan dilakukan atas nama isterinya itu dan didakwa menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.


The Malaysian Insider

3 comments:

Anonymous said...

Kalau benar TITM tak beli tanah tu sila buat laporan polis selepas
PRk, buktikan kebenaran...kalau setakat nafi kt media masa tak jadi...buktikan dengan undang2 yang sedia ada, jangan jadi macam DSAI..kes dok bicara di mahkamah, DSAI asyik dok nafi dalam ceramahnya, dialah peguam bela..dialah hakim..dimana keadilan? Untuk TITM gendang takan berbunyi kalau tak dipalu..

Anonymous said...

dunia lepas,akirat belum tentu,,,allah maha ketahui tiap2 niat,berdalih lah,beri lah apa pun alasan,,,yg betul selamat ,yg salah terima balasan allah,,,,,,,,klu tak betul, saman aja,,habis cerita,,tak mau saman, angkat sumpah aja,,,,,

Anonymous said...

akhir zaman fitnah memang bermaharajalela. Orang baik baik dah kurang yang pelingkup bercambah. Tidak orang tak kata le akhir zaman.

Archive

Related Posts with Thumbnails