Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 15, 2011

Rosmah memalukan Malaysia - Zuraida

KUALA LUMPUR: Kenyataan dangkal Datin Seri Rosmah Mansor yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun berlaku akibat kecuaian negara itu amat dikesali malah menyebabkan seluruh rakyat dan kerajaan Malaysia dicemuh dan dimalukan di mata dunia.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan perlakuan isteri Perdana Menteri itu amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai ‘First Lady’ beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.


“Seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh serata dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.

“Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia(FLOM),” kata Zuraida dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com.

Ahli Parlimen Ampang itu mengulas demikian sebagai respon kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan itu yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya.

Laporan kenyataan yang dilaporkan kepada Awani menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah-olah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana tersebut.

Mengulas lanjut, Zuraida mewakili pimpinan KEADILAN mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Tuhan.

“Malah, rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian ini dengan sabar. Semasa Malaysia dilanda tsunami pada tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

“Oleh itu, Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya ini, dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan Malaysia,” kata Zuraida.


Keadilandaily

Archive

Related Posts with Thumbnails