KOTA SARANG SEMUT - Laporan Integriti Kewangan Global (GFI) pada 2009 yang menyatakan kira-kira RM200 bilion wang haram dibawa keluar dari negara ini menunjukkan pemimpin Kerajaan Pusat seperti Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang melarikan diri bersama sejumlah wang yang sama ke luar negara.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan itu bukan diada-adakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya dikeluarkan oleh GFI untuk menunjukkan jumlah wang haram yang berkemungkinan daripada hasil rasuah, pelaburan haram atau mengelak dikenakan cukai yang dikeluarkan badan itu setiap tahun.
Menurutnya, akibat kehilangan wang sebanyak itu, tidak hairan rakyat negara ini menanggung bebanan kenaikan harga barang dan harga minyak petrol.
Oleh itu katanya, pemimpin Kerajaan Pusat sedia ada patut dihukum sebagaimana pemimpin di Mesir, Tunisia, dan Libya.
“Bila kita suarakan perkara ini di dalam Parlimen, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri malahan Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri pun menafikannya dengan memberi pelbagai alasan retorik.
“Saya masih yakin wang negara ini masih banyak sekiranya tidak ‘dirompak’ oleh segelintir pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya PR berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, saya berjanji akan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Jenayah Komersial dan agensi berkaitan menyiasat pihak mana bertanggungjawab membawa keluar wang haram itu,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Kompleks Pas di sini semalam.
Anwar berkata, tindakan berat akan diambil terhadap mereka yang dikenal pasti ‘merompak’ harta negara kerana mana-mana individu terlibat boleh dianggap pengkhianat bangsa dan negara.
Menurutnya, punca kegagalan kerajaan dan institusi kewangan sesuatu negara bukanlah disebabkan faktor dimonopoli sesuatu kaum sebagaimana didakwa di negara ini, sebaliknya berpunca daripada tamak haloba seseorang pemimpin.
“Dalam kepimpinan, apa yang penting adalah soal akhlak kerana pemimpin terpelihara peribadinya adalah elemen penting dalam membentuk kerajaan mampan dan ‘good governance’.
“Di negara ini, UMNO dan BN sering melaung-laungkan mereka sebagai parti yang membela hak Melayu. Tetapi adakah semua orang Melayu di negara yang dijaga? Tidak. Sebaliknya hanya orang Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO sahaja yang menerima manfaatnya,” katanya.
Sinar Harian

4 comments:
SOALAN CEPUMAS
ANUAR KERJA PA ?????
SELALU PI LUAR NEGARA MANA DAPAT DUIT ???
Salam buat Anon 11:05 tu..
Hang bertanya pasal hang tak tahu atau nak cuba provoke?
Kalau tak tahu.. sikit info buat hang.. Anwar selalu keluar negara kerana dijemput untuk memberikan ucapan.. setiap ucapan yang disampaikan oleh Anwar dibayar oleh mereka. jumlah bayaran hang tak perlu tau berapa tapi dia kata cukup untuk makan 3 bulan..
Ke US pula kerana Anwar ada Company di sana, Syarikat yang berurusniaga secara halal..
Kalau hang nak provoke.. aku cadangkan hang pi belajar lagi.. Hang pi belajar dengan Admin Mulut Melayu yang link blog dia ada dalam Blogroll aku tu..
Kalau tak tahu.. bertanya.. jangan menyerbu membabi buta laksana babi yang buta..
Wassalam...
ASD,
makhluk yang spesisnya dah hampir pupus itu sebabnya dia meracau tak ketahuan hala.
pada mula nya nak tunjuk teror konon tapi biul...shouting foer nothing serta dengan secara langsungnya ANON 11:05 NI NAK BERITAHU KAT KITA yang dia ni 'makan bubuq tak pakai sudu' lepeh tu mengelupoq....
ASD,
Jawapan awak memang mencermin kemarahan...dan terus keluar kata babi...sedangkan soalan anon: 11.14am adalah biasa aje,seperti ASD tanya kawan ASD juga kalau jiran sekampung selalu keluar negara, pasal ASD tak duduk di Kg. tak tahu perkembangan jiran kg..Cantik ke jawapan ASD tu???
Post a Comment