Wednesday, March 30, 2011

Rampas 9 Kerusi di Selangor?? UMNO Selangor masih bermimpi...

Semalam mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkataBarisan Nasional (BN) berpeluang sekurang-kurangnya merampas semula sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13, walaupun BN mungkin menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang.

Dan hari ini… Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberikan geran sah milik kepada seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor setelah berpuluh tahun mereka mendiaminya – berita penuh sila lihat di bawah..

Kalau macam ni yang Tan Sri Khalid Ibrahim lakukan.. nampaknya UMNO/BN akan terus bermimpi untuk menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor.. Bermimpilah sampai mati..


Rasanya tak perlulah UMNO/BN nak merampas semula 9 kerusi tu untuk kembali berkuasa.. Belikan boleh..

Bagaimana Muhyiddin begitu yakin dengan keupayaan UMNO Selangor untuk menawan semula 9 kerusi di Selangor untuk kembali menjadi Kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti sedangkan penyokong UMNO sendiri tidak yakin??

Cuba korang baca apa The Flying Kick tulis dibawah ni..


9 Kerusi di Selangor? Mampu ke UMNO Selangor?


Konon-kononnya UMNO telah mengenalpasti 9 kerusi di Selangor untuk ditawan semula. UMNO-BN kekurangan 9 kerusi untuk menjadi kerajaan di Selangor. Bagaimanapun, 9 kerusi yang dimaksudkan, tidak pula dinyatakan tetapi kesungguhan iltizam tersebut dizahirkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan kerja di Selangor, semalam.

Mungkin benar UMNO Selangor mempunyai petunjuk yang sangat jelas mereka akan mampu menguasai Selangor selepas pilihanraya umum nanti.

Bagaimanapun, muncul juga persoalan sama ada UMNO Selangor sebenarnya hanya tertumpu kepada 9 kerusi berkenaan sahaja dan tidak menghiraukan tentang calon-calon yang bakal diletakkan sebagai ayam tambatan UMNO.

Umum mengetahui bahawa UMNO kalah di Selangor, bukan kerana kekuatan PKR, DAP apatah lagi PAS sekalipun sambutan daripada golongan pengundi muda terhadap ketiga-tiga parti tersebut ketika PRU12 lebih hangat berbanding PRU yang lain.

UMNO-BN kalah di Selangor kerana faktor calon dan gerak kerja UMNO Selangor sendiri yang sebelum ini, penuh dengan protokol, prosedur dan teknikal. Dengan kata lain, UMNO sangat sukar didekati oleh golongan pengundi biasa.

Para pemimpin UMNO sentiasa meletakkan hadangan dan menyukarkan para pengundi menemui mereka. Sepenuhnya sila baca di SINI

Berita berkaitan..

80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac: Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.

Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.

Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini. Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

"Mereka akan diberikan geran tanah sah milik ini dengan syarat mereka sendiri usaha dan membina kediaman di atasnya dan bukan untuk perniagaan," tegasnya. Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memaklumkan pihak kerajaan negeri menolak permohonan peneroka profesional yang memohon untuk empat hingga lima kawasan tanah berasingan.

"Permohonan untuk tanah kosong yang masih belum diusahakan juga akan ditolak.

"Kerajaan juga tidak mengamalkan kelulusan terpilih di mana hanya sepuluh peratus sahaja diluluskan daripada jumlah 200 permohonan seperti amalan.

"Tiada unsur politik mempengaruhi semua pihak dalam melulus atau menolak permohonan ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus.

"Semua yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan tidak menafikan hak rakyat yang lain," tegasnya.


Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails