Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 1, 2011

Rakyat Libya sayang saya - Gaddafi



TRIPOLI, 1 Mac — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menafikan adanya pergolakan politik menentang beliau meskipun laporan-laporan sebelum ini menunjukkan negara itu turut berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

“Tidak ada demonstrasi sama sekali di jalan-jalan. Adakah anda melihat adanya demonstrasi?” kata Muammar menjawab soalan wartawan BBC.


Kebangkitan rakyat di negara jirannya di sebelah timur berakhir dengan tumbangnya Presiden Hosni Mubarak dua minggu lalu.

Apabila wartawan BBC memaklumkan bahawa dia ada menyaksikan tunjuk perasaan misalnya di Zawiyah kelmarin, Muammar memberitahu, rakyatnya menyayangi beliau dan sanggup bermati demi melindunginya.

“Mereka tidak menentang kami. Tiada siapa yang menentang kami. Menentang buat apa?

“Sebab saya bukan seorang presiden. Mereka sayang saya. Kesemua rakyat bersama saya, mereka cintai saya. Mereka akan mati untuk mempertahankan saya, rakyat saya,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, beliau yang memerintah Libya sejak 41 tahun lalu ketawa berhubung soalan agar meninggalkan negaranya.

Kata Muammar, beliau merasakan dirinya telah dikhianati oleh pemimpin-pemimpin antarabangsa yang mendesak agar berundur segera.

“Sudah tentu ia satu pengkhianatan. Mereka tidak ada moral. Selain itu, jika mereka mahu saya berhenti, mengapa perlu saya letak jawatan? Saya bukan raja.”

Duta Amerika Syarikat ke PBB Susan Rice berkata temu bual itu menunjukkan Muammar cuba memperdaya dan tidak berupaya untuk memimpin Libya.

Terdahulu menteri-menteri luar sedunia mengecam serangan kerajaan Muammar ke atas rakyatnya sendiri dan Kesatuan Eropah pula mengenakan sekatan termasuk embargo senjata, membekukan aset dan larangan perjalanan ke atas Muammar dan sekutunya.


The Malaysian Insider

1 comments:

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Salam perjuangan.... Jika tiada keberatan dari pihak tuan, boleh tolong linkkan laman http://bebaskanmalaysia.blogspot.com

Archive

Related Posts with Thumbnails