Saturday, March 5, 2011

PRK Kerdau : Pengarah Pilihanraya pun jadi mangsa?

TEMERLOH, 5 Mac: Tidak sampai 24 jam menjelang pilihan raya, jentera Umno dianggap ketandusan isu apabila menyerang peribadi Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dengan menggunakan akhbarnya, Utusan Malaysia, Umno menyerang Tuan Ibrahim dengan menuduhnya membeli tanah seorang peneroka Felda sehingga menyebabkan pemilik asalnya merempat.

Utusan melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.


Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.

“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi.

Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda.

"Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau.

Isu besar di Kerdau kini adalah kegagalan kepimpinan BN negeri menguruskan Pahang sehingga diambang bangkrap berdasarkan hutang dan jumlah perbelanjaan yang jauh lebih besar dari hasil negeri.

Melihat kepada keadaan di Kerdau, ramai percaya bahawa Pahang sememang diambang bangkrap jika usaha menyelamatkan ekonominya tidak dibuat segera.

Namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang tidak bangkrap dan berkata bukan Pahang sahaja yang berhutang, negeri lain juga banyak hutang.

Jawapan ini disifatkan Tuan Ibrahim sebagai jawapan Pak Pandir dari Adnan sebagaimana jawapan Pak Pandir apabila diberitahu anaknya mati dengan berkata, "Anak orang lain pun mati juga."

Adnan dalam laporan akhbar Umno itu berkata, beliau juga mendengar cerita Tuan Ibrahim membeli tanah itu tetapi dia tidak dapat mengesahkannya kerana kebenaran perlu didapatkan dari beliau jika tanah Felda hendak dijual.

"Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim.

"Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim.

Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails