Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya. PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya.Kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah; semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.
Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, memandangkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN bilamana jentera kerajaan sepenuhnya diturunkan bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM.
Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan Isteri turut sama berkempen dengan peristiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.
Analisa Keputusan
Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini, bilamana undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 undi atau -7.3%, dan undi BN meningkat sebanyak 925 undi. Atau +22.4% Peningkatan undi BN hasil dari peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.
PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda, walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk Umno.
Peningkatan undi di Felda Jengka 22 sebanyak 28.2%, di Jengka 23 meningkat sebanyak 8.0% dan di Jengka 25 pula meningkat 4.9%. Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan Anak yang mula diterima oleh masyarakat Felda, walaupun sebahagian mereka bersama anak dalam membuat tuntutan tetapi mempunyai pandangan politik yang berbeza.
Hakikat ini dapat dilihat dari kehadiran ratusan pemuda khususnya generasi kedua dalam program anjuran Anak dan penyertaan mereka dalam Anak.
Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.
Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felca seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.
Walau bagaimana pun PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawagan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar.
Kelemahan ini akan dapat diatasi dalam PRK, namum bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza bila tenaga tempatan adalah penggerak utama. Diharap dengan PRK ini beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU akan datang.
Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya; Namur apakah ianya akan terus kekal begini. Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau dari pembangunan.
Apakah bandar Kerdau akan terus menjadi “bandar Kerbau”. Sama-sama kita tunggu.
Harakahdaily

5 comments:
Sudah 3 PRK terus-menerus PAS gagal.Jika kita lihat keputusan dan kaji pulak kaedah dan stretegi yang digunakan oleh PAS,jelas UMNO tidak segagah yang disangka tapi kelemahan stretegi PAS yang kelihatan.Sudah sampai masanya PAS Pusat merombak semula jentera pilihan rayanya dan melantik "team baru" menggantikan team yang ada.Team yang ada merupakan team kuda tua yang sudah hilang daya saying dan gagal menghadapi cabaran-cabaran dizaman serba moden dan pantas ini.
Sebagai contoh diKerdau,Tuan Brahim Tuan Man sebagai Pengarah Pilihyan Raya nak buat laporan polis sebab organisasi pilihan rayanya dimasuki oleh spy-spy dari UMNO.Sebenarnya intip-mengintip ni adalah aktiviti biasa dalam strategi Perang dan Gerak Saraf.Jika pejabat pilihan raya PAS bolos oleh musuh bermakna sistem keselamatan bilik pilihan raya PAS tak cekap dan tak baik.Inilah contoh betapa kurang arifnya seorang Naib Presiden PAS mengendalikan pilihan raya.
Sekiranya PAS Pusat tidak mengatasi masaalah ini,ada harapan PRU ke13 PAS akan kehilangan banyak kerusi kelak.Jangankan menambah kerusi yang ada pun kemunkinan akan hangus.
umno tak gentar cabaran pas,cuma yg umno takut ialah PKR,sebab PKR sekarang lebih popular dibanding pas,anak2 muda dan atas pagar meminati menyokong PKR sebab itu umno/bn mencari 1001 helah utk menjatuhkan PKR supaya tak melawan mereka,tengok berapa banyak Ahli wakil rakyat PKR masuk bebas ini semua gara2 umno pancing guna duit,supaya PKR dipandang kelangkabut dimata rakyat....betul tak...!
Takpa, jangan wajai saudara seperjuangan. Setakat PRK ini, memang pihak musuh boleh beri tumpuan 1000% sebab menggunakan seluruh kekuatan yang ada. Walau bagaimanapun, mereka tetap bertemu buku dengan ruas sebab mereka terpaksa mengagihkan kekuatan yang ada ke setiap pelusuk tanahair. Bahkan juga akan berlaku masalah tidak seimbang pengagihan kekuatan hingga timbul krisis dalaman di sesetengah kawasan. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan memberi tumpuan 1000% kepada PRU. DOA-DOAKAN SEMOGA BERJAYA DALAM PERJUANGAN MENUMBANGKAN REJIM DACING BERAT SEBELAH!!!
PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?
BN memang kuat: KUAT MENIPU dan KUAT MENCACAI.
PAS yang lemah: LEMAH STRATEGI dan LEMAH ISU.
Boleh disimpulkan bahawa usaha untuk ke arah mentadbir negara perlukan pergorbanan yang bukan mudah dengan penuh liku. PAS, PKR dan DAP perlu sentiasa mendampingi rakyat tanpa mengira waktu samada sebelum, sewaktu dan selepas pilihanraya mahupun kecil atau umum. Ini adalah sebaik-baiknya. Untuk menukar persepsi rakyat bukan mengambil masa sehari, seminggu atau sebulan tetapi perlu berterusan.
Jadikan rakyat sebagai adik beradik untuk mencurahkan 'kasih sayang' dan menyelesaikan masalah. Peranan setiap wakil rakyat pakatan adalah amat penting untuk tujuan tersebut. Kelemahan UMNO adalah mereka berjaya mengambil hati rakyat ketika berkempen tetapi mereka tidak sepanjang masa akan berada bersama mereka (kesibukan pemerintahan)Ini peluang yang harus diambil oleh pakatan. Seumpama melabur, kita tidak akan memperolehi keuntungan yang BERLIPAT GANDA jika kita melabur hari ini dan mengambil keuntungan pada hari esok. Hanya dengan menyimpan dan melabur dalam jangka panjang pulangan yang lumayan akan kita perolehi. Serupa juga dengan berpolitik. :-).
Ini hanya sekadar satu pandangan. semoga dapat perhatian..
Achmad Abdollah
notoracist@gmail.com
Post a Comment