Thursday, March 31, 2011

PKNS dikritik lagi..



SHAH ALAM -Barisan Nasional (BN) semalam mendedahkan perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.


“Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri.

“Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan bayaran RM20,000 sebulan. Ia tidak lagi termasuk pelantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.

“Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar,” katanya.

Abdul Shukor turut mempersoalkan pelantikan seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr. Armen selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.

“Pelantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan.

“Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran ‘ala korporat’ .

“Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails