Alahai.. kantoilah pulak.. tak apa.. UMNO/BN boleh cuba lagi..
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.
Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.
Pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.
Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.
"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.
Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."- Malaysiakini
Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS
KUALA LUMPUR 21 MAC : Bibit-bibit pertama bahawa video seks yang menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim direka cipta semakin menyerlah selepas lebih ramai wartawan menyaksikan video itu menjelang petang ini.
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut “buncit’ yang bukan iras Anwar.
"Ini ada kaitan dengan unsur-unsur politik yang disebut oleh ramai wartawan tadi bahawa video itu menunjukkan muka Datuk Seri Anwar tetapi bahawa video perutnya, perut buncit….perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ," kata Mahfuz.
Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.
Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.
"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .
“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.
Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks
“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah,” tambah beliau.
Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.
“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.
“ Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.
Mahfuz membayangkan Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah Umno dalam usaha parti pemerintah itu memulihkan sokongan daripada pengundi Melayu.
“Saya rasa bahawa ini sesuatu yang malanglah …. di mana Umno merasai kedudukan mereka yang sangat tergugat dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman kepada politik mereka hingga sampai ke satu peringkat di mana mereka sanggup melakukan sebegitu rupa," kata Mahfuz. -TVS News


11 comments:
Entah apa-apa UMNO ni ye.. Fitnah tipu fitnah tipu..
aku tengok Malaysia ni menempah bala dari Allah ni..... Jangan buat2 benda macam ni, fitnah dah macam mainan je dah, mana perginya agama junjungan masing2 ni......
Aku cadangkan rtm dan tv3 suku tayangkan video sex ini pada waktu berita jam 8.00 malam tanpa tapis untuk seluruh rakyat malaysia tengok. Buat apa nak tayang secara sorok sorok kalau dah kata betul Dato Seri Anwar yang melakukan perkara tersebut? Polis patut tangkap semua orang yang terlibat menganjurkan tayangan dan yang pergi menonton video sex tersebut kerana tayang, tonton dan memiliki video lucah!!!!
setiap kali nak pilihanraya,mesti DSAI jadi mangsa seks,Ingat semua orang melayu bodoh macam orang umno.
pengikut mengikut amalan pemimpin,kalau pemimpin gila seks,pastilah mereka begitu handal merekacipta lakunan seks,cukup2lAH GILA TU UMNO,selama ini aku baca dan tengok serta no komen.kali ini betul2 aku dah menyampah sangat,
semoga Allah melaknati pembuat video seks dan kuncu yang terlibat,Amin.
Normah.
LOL, Who with the right frame of mind would do such thing to DSAI unless if you were fully supported, backed up and well protected by some powerful person and its institution. Rakyat won't be fooled this time around
BILA SEKUTU APCO BUAT KERJA ! SERANGAN HABISAN TANPA HENTI !
PR JANGAN LAYAN SEBALIK NYA SERANG LAGI SEKUAT BOLEH TERHADAP SEGALA KEBEJATAN,RASUAH,PENYELEWENGAN DAN KELENTONGAN PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO ,BONGKAR DAN DEDAH SEMUA SALAHLAKU DAN SALAHGUNA KUASA PADA RAKYAT SEMALAYSIA DAN SEDUNIA !
Teruk sangat kebejatan politik kita sekarang ni...Aku masih percaya ada yang percaya kebejatan ini. Aku takut bala ajer yg menimpa nanti..Bala turun tak kenal siapa..sanggup ke kita hadapinya?
Malaysia jahanam sekarang ...tiap2 hari cerita liwat, seks, liwat, seks...anak2 pun sudah pandai dan google cerita ini dan mendapat video2 lucah. Dan secara tidak langsung mereka telah menceburi seks2 bebas. Gugur anak, anak haram semua ini bikinan UMNO...bangsat betul ini. Kerana inginkan kuasa maka jijik buatnya. Disumpahkan anak2 mereka akan menjadi mangsa2 seks, anak haram, anak gugur selama 3 generasi. Setuju?
Tak salah kah buat rskaman curi, ditayangkan dan disebarluas. Datuk T tak melakukan jenayah kah ni ? Malah Datuk t mendapat sokongan kerajaan . Betul2 terjadikah ni atau satu konsprasi.
Terlalu mudah untuk dipercaya
DSAI sebenarnya berhadapan konco-konco gabungan iblis dan dajjal. "Puak-puak keris bersilang" yang kita lihat hari ini adalah lebih kepada syaitan daripada manusia. AWAS TIPUDAYA SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA!
Tak habis2 dengan kaum keris laknat ni,bangkit lah orang islam semua kita buat solat hajat minta tuhan jatuh kan bala kat semua kroni dan juga dalang di sebalik fitnah ini,dah melampau sangat.......
Post a Comment