Saturday, March 19, 2011

'Percayalah kepada saya' rayu Najib..

KUCHING, 19 Mac — Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta golongan muda melalui rakan-rakan Facebook beliau supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak.

Sambil melahirkan perasaan gembira bertemu dengan 250 rakan online dari seluruh Sarawak buat pertama kali, Najib berkata golongan muda perlu mempunyai idealisme dan harapan kepada kerajaan dalam soal tadbir urus yang adil dan telus.

“Kerajaan mungkin tidak sempurna. Tapi kami cuba sedaya mungkin, bagi menjadi kerajaan dan tadbir urus yang lebih baik agar rakyat lebih yakin bahawa ia berada di sini untuk melindungi kepentingan setiap rakyat negara ini,” katanya pada sesi “Mari Berjumpa Berhubung” dengan rakan-rakan Facebook tempatannya di sini, yang kemudian menyertai beliau untuk bersarapan dan bersua muka dengannya.


Najib (gambar), yang kini mempunyai 590,000 peminat dalam Facebook dan lebih 90,000 dalam Twitter, berkata ia semakin bertambah penting bagi beliau dan pemimpin yang lain dalam pentadbirannya untuk berinteraksi secara bermakna dengan setiap rakyat Malaysia.

Selepas mengadakan dua sesi yang sama di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya, beliau berkata para pemimpin perlu mencari pengguna internet dan laman sosial yang lain di mana bilangan rakyat atau orang ramai yang didapati semakin bertambah untuk melibatkan mereka dalam dialog. — Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails