Tuesday, March 1, 2011

Pengundi pos besar-besaran di Perak, tertinggi di kawasan Zambry

PETALING JAYA: Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak, Chang Ming Kai mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri Umno di negeri itu pada tahun lalu.

Menurut Ming Kai, kemasukan pengundi Pos yang paling besar dicatatkan di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato Seri dr Zambry Abdul Kadir yang telah menerima kemasukan 5669 pengundi pos.

“Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor. DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008,” katanya ketika sidang media mingguan di Ibu Pejabat KEADILAN pagi tadi.


Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberi tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS pada pilihan raya umum lalu.

Pada 2010, katanya, sebanyak 248 pengundi pos dikesan masuk ke Dun Sg. Rapat.

Katanya lagi, beliau khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails