Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, March 19, 2011

Pengumuman Taib Mahmud hanya bersifat retorik politik.

KUCHING: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kononnya akan berundur selepas pilihan raya negeri bersifat retorik politik, kata Naib Ketuanya, Kung Chin Chin.

Kung yang juga Ketua Cabang KEADILAN Sarikei berkata, kenyataan itu dibuat bagi mengendurkan kemarahan rakyat yang tekad menolak beliau pada pilihan raya negeri akan datang.

“Taib patut berundur sekarang, jika enggan, kita akan pastikan beliau ‘diundurkan’ oleh kuasa rakyat pada pilihan raya kali ini.


“Isunya bukan berundur selepas pilihan raya, isunya ialah Taib dalam proses membawa keluar hartanya ke luar negara sedikit demi sedikit dan jika BN menang lagi selepas ini, saya yakin dia mungkin tidak berundur,” kata Kung kepada Keadilandaily.com.

Kung memberi contoh bagaimana Taib pada pertengahan 90-an pernah menyatakan akan berundur dalam masa lima tahun namun sehingga kini Pengerusi BN Sarawak itu kekal ditampuk kuasa.

Sejak penghujung tahun lalu, Taib berdepan kebangkitan rakyat yang mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimilikinya seperti didedahkan Sarawakreport.org dan Radiofreesarawak (RFS).

Taib merupakan Ketua Menteri paling lama di Malaysia dan pada 26 Mac ini, beliau genap mentadbir Sarawak selama 30 tahun dan menyamai tempoh pemerintahan rejim Mesir yang digulingkan rakyatnya, Hosni Mubarak.

Taib mula bergelar menteri sejak era Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan beliau bakal berusia 75 tahun pada 21 Mei ini.


Keadilandaily

Archive

Related Posts with Thumbnails