Wednesday, March 2, 2011

Pelancaran buku Jingga buat UMNO Penang 'ghaflah jingga'



Nampaknya pemimpin UMNO Pulau Pinang pula yang ghaflah jingga atau kusut atau boleh juga dikatakan serabut denga pelancaran buku jingga ole Guan Eng baru-baru ini katanya rakyat akan lebih keliru bila membacanya.. hakikatnya beberapa agenda atau idea yang dinyatakan didalam buku tersebut telah diciplak oleh UMNO/BN..

Ghaflah jingga hingga mengeluar kenyataan yang jelas kurang bijak mengenai janji DAP untuk merobohkan pondok Tol di Sungai Nyior dan memansuhkan kutipan tol jika menang pilihan raya..


Pondok Tol yang terletak di Lebuhraya Sungai Nyior itu hakikatnya bukanlah terletak dibawah kuasa atau pentadbiran kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi terletak dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat iaitu UMNO/BN, dan hasil kutipan Tol tersebut bukanlah milik Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana Lebuhraya itu telah diswastakan oleh kerajaan UMNO/BN kepada kroni depa la...

Jadi kalau dah terletak dibawah bidang kuasa Pusat macam mana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang nak merobohkannya tanpa menghadapi tindakan undang-undang dari Pusat?

Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu lagi “Kalau setakat beri RM100 setahun kepada warga emas dan orang miskin, tidak perlu nak menjaja kononnya Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji pilihan rayanya.

Tak perlu menjaja pemberian RM100 tu... tapi itu jauh lebih baik dari mengumpul kembali dari warga emas itu dan disimpan didalam saku pemimpin-pemimpin UMNO tu..

Kata bodoh marah.. tapi tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang jelas bodoh atau berpura-pura bodoh.

Bikin rakyat ‘ghaflah jingga’

GEORGETOWN - Buku Jingga yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kelmarin adalah sebuah risalah yang akan membuat rakyat ‘ghaflah jingga’ atau lebih pening dan keliru apabila membacanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, buku itu hanya sandiwara pembangkang untuk mengabui mata rakyat demi meraih sokongan sedangkan hakikatnya mereka tidak berupaya melaksanakannya.

Beliau berkata, mereka tidak perlu membuat janji baru jika menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 sedangkan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu (ke-12) pun masih banyak yang tidak dilaksanakan.

“Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan buku itu kerana PR ternyata gagal menunaikan janjinya selama ini.

“Dahulu DAP janji nak robohkan plaza tol Sungai Nyior dan memansuhkan kutipan tol jika menang pilihan raya. Tetapi sampai sekarang iaitu hampir tiga tahun memerintah janji hanya tinggal janji,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam mengulas tindakan Kerajaan Negeri melancarkan Buku Jingga dan mengedarkan kira-kira 500 naskhah pada majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) di Komtar kelmarin.

Ketika melancarkannya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Pulau Pinang adalah negeri kedua yang melancarkan Buku Jingga yang memaparkan 10 perkara yang bakal dilakukan PR dalam tempoh 100 hari pertama jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Sehubungan itu, Musa mencabar Guan Eng agar menunaikan semua janji dalam manifesto pilihan raya ke-12 terlebih dahulu sebelum membuat janji baru kepada rakyat.

“Kalau setakat beri RM100 setahun kepada warga emas dan orang miskin, tidak perlu nak menjaja kononnya Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji pilihan rayanya.

“Janganlah nak bohong kepada rakyat. Rakyat sudah cerdik dan akan menilai semua janji yang dibuat oleh PR. Kita tengok dalam pilihan raya umum akan datang kerana rakyat akan membuat keputusan dan penilaian sebenar,” katanya.

Menurutnya, kemajuan dan pembangunan yang sedang dikecapi Pulau Pinang sekarang ini adalah hasil usaha Kerajaan Pusat selama ini yang tidak mengabaikannya walaupun pembangkang membuat pelbagai tuduhan palsu.

:“Kalau nak harap Kerajaan Negeri, Pulau Pinang tidak akan membangun dan pesat seperti yang dapat dilihat sekarang ini.

“Saya minta dia jawab atau senaraikan projek yang sudah dilaksanakan untuk kemajuan negeri ini dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Musa berkata tanpa bantuan Kerajaan Pusat, Pulau Pinang pasti akan mundur seperti yang boleh dilihat kepada pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik.

“Kerajaan Negeri kata ada lebih wang puluhan juta tetapi kenapa jalan yang berlubang pun tidak boleh diturap semula. Tong sampah yang rosak pun tidak boleh diganti baru.

“Jadi tak payah cakap atau nak janji benda besar sedangkan keperluan asas rakyat pun tidak mampu disediakan selama ini,” katanya.

Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails