Thursday, March 24, 2011

Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard



KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin ‘pelakon’ dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN.

“Dari pemerhatian saya, video itu kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem berkenaan bukan Anwar.


“Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu, itu bukan Anwar.

Beliau mengumpamakan hal itu dengan keberkesanan Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang-kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.

“Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya,” katanya pada kenyataan media, hari ini, dan menganggap politik kotor dan jijik itu harus dikecam rakyat yang kian bosan dengan politik ‘selak kain’.

Macam James Bond

Badrul yang dikenali sebagai Chegubard juga percaya kumpulan Datuk T mendapat perlindungan istimewa kerana modus operadi ketika membawanya menonton video itu umpama filem James Bond.

“Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond.

“Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi,” katanya.

Badrul berkata, beliau menerima pelawaan menonton video itu selepas menerima panggilan pada 21 Mac lalu dan seorang rakannya dari Umno menyertainya dan mereka diarah menunggu depan Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.45 malam sebelum dihubungi Datuk T.

Badrul kemudian diminta meletak kereta di pakir IJN dan dijemput jam 8 malam manakala beberapa kenderaan ketika itu dilihat berpusing beberapa kali memerhatikan mereka, Mereka kemudian dibawa ke Hotel Shangrila.

Sebelum dibawa ke bilik menonton, beliau berkata, badan mereka diperiksa dan diminta meninggalkan telefon bimbit sebelum Datuk T memperkenalkan diri bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Suleiman.

Rahim Tamby Chik menipu

Mengikut kenyataan media itu, Badrul berkata, beliau mendapati kenyataan media Rahim Tamby Chik berbeza dengan pengalamannya ketika bertemu bekas Ketua Menteri Melaka itu dan Datuk Eskay Abdullah.

“Rahim Tamby Chik menipu kerana dalam sidang media semalam, dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya, dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

“Kami dimaklumkan, Rahim Tamby Chik baru menonton video itu. Ini berbeza sekali dengan kenyataannya pada 23 Mac sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T.

“Ketika menonton bersama, Rahim Tamby Chik beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah-olah inilah kali pertama menonton,” katanya.

Badrul berkata, identiti sebenar Datuk T juga diragui kerana Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T, malah Rahim juga memanggilnya dengan panggilan sama kecuali tersasul dua kali dengan memanggil Eskay.

Salinan video kepada Wan Azizah

Pada kenyataan itu, Badrul berkata, beliau dipanggil diminta menyerahkan salinan video itu kepada Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail

“Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu kepada Wan Azizah. Bagaimanapun, ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah.

“Untuk mendapat video itu, saya berpura-pura bersetuju mengenai apa yang diberitahu mengenai video itu,” katanya.

Namun, Badrul yang meninggal hotel berkenaan kira-kira jam 10 malam, turut mendapati mereka tidak bersungguh-sungguh mahu Wan Azizah menerima salinan video itu.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails