Monday, March 7, 2011

Patutlah UMNO/BN menang di Merlimau..

Faktor utama kemenangan Calon UMNO/BN di Merlimau menurut media Pro UMNO ini adalah calon itu sendiri iaitu Roslan Ahmad, yang mempunyai lebih 600 orang ahli keluarga di Merlimau..

Adusss.. Jumlah ahli keluarga dia saja dah jauh lebih banyak dari pengundi pos.. Ini faktor yang perlu diambil kira oleh Pakatan Rakyat dalam menentukan calon juga.. jumlah ahli keluarga Calon lebih ramai lebih baik.

Artikel ini dipetik dari Media Pro UMNO, Justifikasi atau pertimbangan pembaca adalah diperlukan.. baca saja jangan terpengaruh..

Senjata sulit BN menang di Merlimau
Oleh: HELME HANAFI

Selepas lapan hari berkempen, ramai yang tertanya apa yang akan jadi faktor X bagi BN untuk menang besar di Merlimau.


Hasil tinjauan, jika ada faktor X itu, ia terletak pada calon BN Roslan Ahmad. Umum tahu dia anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai dan Ahli Parlimen Jasin Datuk Ahmad Ithnin.

Namun, ada yang tidak sedar beliau mempunyai keluarga yang amat besar di Merlimau.

“Ada lebih 600 orang keluarga kami di Merlimau yang merupakan pengundi,” kata Roslan kepada Agendadaily ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, jumlah itu yang sempat dikenal pasti,berdasarkan pertalian keluarga ayah dan ibu beliau sahaja, mungkin lebih jika dicampur dengan keluarga bapa saudaranya, pejuang kemerdekaan Datuk Abu Zahar Ithnin.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata formula BN pilih calon adalah ‘ winnable candidate’ maka mahu tidak mahu ikatan keluarga dan pertalian darah perlu diambil kira.

Apatah lagi, dalam kes Roslan, ayahnya memang dikenali sebagai wakil rakyat yang banyak membawa pembangunan ke kawasan Merlimau yang terletak dalam Parlimen Jasin.

Sungguhpun pembangkang cuba mengaitkan permilihan Roslan sebagai politik dinasti, Pengarah Pilihanraya BN Merlimau Datuk Seri Mohd Ali Rustam menolak hujah dangkal tersebut.

“Semasa Allahyarham Datuk Ahmad menjadi wakil rakyat di sini adalah 33 tahun lalu, beliau berkhidmat dari 1969 hingga 1978, sudah lama meninggal dunia, mana ada dinasti?

“Tapi jika pembangkang memang politik dinasti, keluarga Lim Kit Siang dari ayah, anak dan menantu jadi wakil rakyat semasa. Keluarga Anwar Ibrahim pun sama, keluarga Karpal Singh.

“Nik Aziz sendiri semasa beliau jadi menteri besar, menantunya pernah jadi pengurus besar anak syarikat kerajaan negeri, jadi siapa sebenar amal politik dinasti?” kata Ali dalam satu ceramahnya.

Faktor keluarga besar Datuk Ahmad Ithnin sudah pasti mempengaruhi undi kali ini. Begitu juga dengan faktor Ali Rustam sendiri.

Sungguhpun Merlimau dikira kubu, tetapi BN tetap all-out kempen hingga tamat tempoh yang dibenarkan.

“Tidak ada satu hari yang Datuk Ali pulang ke rumah sebelum jam 2 pagi sejak berkempen ini,” kata orang kanannya.

Bahkan Majlis Tertinggi UMNO sendiri dalam mesyuarat terakhirnya memperakui ‘semangat Ali Rustam’ untuk menang besar di Merlimau.

“Datuk Najib kagum dengan gerak kerja di Merlimau dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Ali,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika melancarkan satu program berhampiran Pusat Operasi BN Rabu lalu.

Selain kempen all-out BN, di pihak pembangkang pula, berbagai-bagai masalah timbul, paling nyata adalah tidak ada persefahaman di antara PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat.

PAS lebih dilihat bersendirian mengerakkan jentera kempen mereka. Tidak seperti dalam beberapa pilihanraya lepas kempen PAS di Merlimau kelam-kabut dan tidak ada fokus.

Dari tujuh peti undi, PAS hanya menumpukan kempen mereka di dua kawasan dengan majoriti Melayu yang besar ChinChin dan Ayer Merbau.

Sedangkan di kawasan lain, PAS hanya masuk ala kadar saja.

“Ketiadaan orang tempatan yang berani menyokong PAS secara terbuka menyebabkan ia sukar menembusi beberapa kawasan seperti Taman Hormani, Taman Muhibbah Utama dan beberapa kampung lagi,” kata seorang wartawan yang ‘ cover’ kebanyakan program PAS.

Menurutnya, ada hari kempen PAS hanya bermula selepas solat Asar, dengan program edar risalah dari rumah ke rumah, manakala malam dihabiskan dengan berceramah.

“Hanya jentera kempen yang ikut calon PAS Yuhaizat Abdullah saja bergerak sebelah pagi,” kata kawan itu.

Sementara itu, badan kaji selidik pro PAS, Ilham Centre, juga mengakui dari segi kekuatan calon, Roslan Ahmad lebih terkehadapan dengan 80.8 peratus dikenali oleh orang ramai yang ditemui berbanding Yuhaizat Abdullah hanya 55.8 peratus.

Kajian ini telah dijalankan pada 2 dan 3 Mac lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Kajian tersebut dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemu bual 423 pengundi berdaftar secara bersemuka.

Pada hari terakhir kempen, Roslan mengakui beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.

"Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008," katanya.

Berdasarkan culaan akhir di pihak BN, ada yang bisik kepada Agendadaily, majoriti BN antara 3,000 ke 3,500.

“Mungkin lebih, bergantung kepada undi Cina, tapi maksimum undi Melayu dan India 3500,” kata sumber tersebut. - 5/3/2011


Agendadaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails