Thursday, March 3, 2011

Orang Asli dijamu hingga Mabuk..

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.

Dan apa yang aku dengar dari seorang sahabat yang turut bertugas di Batang Ai Sarawak ketika PRK yang lalu, perkara ini juga dilakukan oleh BN terhadap orang Asli atau orang Asal disitu..


Bezanya di Galas mereka dikatakan dikurung tapi di Sarawak pula berkartun-kartun miniman keras dihantar kerumah-rumah panjang yang disyaki menyokong Pakatan Rakyat pada malam sebelum hari mengundi dengan alasan yang sama iaitu meraikan.

Akibatnya apabila tiba hari mengundi, para petugas yang bertugas dikawasan peti undi itu menyaksikan hanya 4 atau 5 orang yang turun mengundi kerana yang lain-lain masih tidur kerana mabuk..


Orang Asli dijamu arak di Galas

KOTA BHARU, 3 Mac: Dewan Undangan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas telah mengurung orang Asli dalam kempen itu dan memberikan mereka minuman keras.

Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu.

Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.

“Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat.

“Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12.

Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini.

“Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ.

Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu.

Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails