Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 14, 2011

Nazri takut kepada FLOM?

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengesahkan Datin Seri Rosmah Mansor adalah Wanita Pertama atau ‘First Lady’.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, First Lady adalah isteri kepada ketua eksekutif sesebuah negara iaitu isteri kepada Perdana Menteri dan tidak bercanggah dengan amalan dan protokol di negara ini.

Nazri juga menyatakan, tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri atau disalur Bahagian Pertama Wanita Pertama (FLOM) yang dianggapnya sebagai tidak wujud.


Demikian jawapannya kepada soalan bertulis Johari Abdul (KEADILAN-Sungai Petani) yang bertanyakan takrifan Jabatan Perdana Menteri terhadap gelaran Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Malah, beliau memberi contoh ketika Persidangan Negara-negara Komanwel (CHOGM), isteri-isteri ketua eksekutif negara, digelar sebagai Wanita Pertama.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin percaya Nazri tidak berani menjelaskan status sebenar FLOM kerana takut dengan Rosmah.

Beliau juga kesal dengan Nazri memberi jawapan tidak tepat berhubung isu peruntukan.

“Ini jawapan berdolak dalik. Menteri tidak memberikan jawapan yang tepat. Apakah kerana dia takut kepada Rosmah?” kata Zuraida ketika ditemui di lobi Parlimen.

Zuraida turut mempersoal percanggahan fakta kerana dalam jawapan Menteri yang sama sebelum ini, lebih RM134,000 digunakan untuk membiayai perbelanjaan kegiatan Rosmah ke beberapa negara.

“Jadi, kalau tidak menggunakan peruntukan dari FLOM, dari mana datangnya wang itu?” soalnya.


Keadilandaily

3 comments:

Anonymous said...

Aku tak halal satu sen pun duit yang BETINA nie guna selama dia buat lawatan...aku susah payah bayar tax untuk pembangunan BETINA nie pulak senang-senang guna untuk buat benda yg tak berfaedah lansung...dia ingat duit mak bapak dia punya kah...HARAM JADAH PUNYA MENTERI-MENTERI BN....TAKUT SANGAT KAT BETINA NIE

Anonymous said...

Itu kata Nazri UMNO/BN, tapi apa kata RAKYAT.

Ada kah RAKYAT iktiraf ROSMAH sebagai First Lady Of Malaysia atau hanya sebagai isteri kepada Perdana Menteri.

Kalau benar isteri kepada PM sebagai wanita pertama, ikenapa isteri kepada perdana menteri yang terdahulu tidak dipanggil dan bergelar sedemikian.

Sesungguhnya Malaysia dipimpin oleh pemimpin yg gila..termasuk isteri-isteri mereka.

Kembara Hati Sang Jejaka said...

haha..baru tahu ke?

Archive

Related Posts with Thumbnails