Tuesday, March 22, 2011

Najib antara pengarah Video Lucah?



KUALA LUMPUR 22 MAC: Konspirasi skandal video lucah terbaru melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bermotif politik.

Anwar mendakwa penglibatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai Ketua Pembangkang.


"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri dalam Negeri termasuk pihak atasan PDRM," jelas Anwar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-Barisan Nasional.

Anwar menambah, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu tersebut perlu didakwa.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.

Justeru, Ketua Pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk tidak mengulangi kekejaman pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.

"Saya beri ingatan kepada Menteri dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," ujar Anwar disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di Carcosa Seri Negara semalam dengan bantuan anggota polis.

Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar memberitahu tindakan jenayah oleh individu-individu tersebut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.

Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.

Anwar pagi tadi tiba di IPD Dang Wangi kira-kira jam 10.40 pagi ditemani oleh isteri, peguam Sivarasa Rasiah dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sekitar 80 orang penyokong Anwar berhimpun di hadapan IPD Dang Wangi sejak jam 8 pagi.

Sambil melaungkan slogan 'Reformasi' dan 'Hidup Anwar', penyokong-penyokong berarak menemani ketua reformasi itu ke bangunan IPD.

Turut kelihatan hadir, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yusmadi Yusof, Shamsul Iskandar, N Surendren, Lathefa Koya, Tian Chua dan Siti Aisyah Shaikh Ismail.




TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails