Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, March 12, 2011

Mahathir PENIPU!!

Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “menipu secara politik”.

Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.


Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.


Malaysiakini

5 comments:

Anonymous said...

Dah lama dah mamak ni kaki kelentong.

Anonymous said...

bapak segala fitnah berbicara semula..

Anonymous said...

Dengan keluarnya memoir SiKutty tu maka semakin timbullah kebusukan shit Kutty dan UMNO.

Alhamdulillah.. rakyat dapat baca dan mengetahui sejarah sebenar Si Kutty yang tidak ingat asal usul beliau.

Si Kutty yang bermulut busuk.. semakin beliau buka mulut bercakap..semakin derdedah tembelangnya.

Inilah diantara kebijaksanaan Allah. Jika kita membuka keburokan orang lain (fitnah) maka Allah akan membuka keburokan kita untuk diketahui orang ramai.

Anonymous said...

Itu lah yang hamba nak kata.... lu orang melayu telah lama ditipu oleh mamakkutty lagi. Hari ini masih orang melayu caya sama ini mamak dan tak nak caya orang jiwa murni berkafir spt Lim Guan Eng. Melayu ingin caya bahawa orang kafir musuh....sebenarnya syaitan yang berkulit melayu, cakap macam melayu, beragama melayu...adalah segala syaitan! Tak nak caya...tak pa! Ikut hang lah.

Anonymous said...

musuh kamu adalah orang yang seperti kamu juga, sama bangsa dengan kamu. Islam telah memberi tahu dulu lagi.
akal yang siuman saja boleh memilihnya.

Archive

Related Posts with Thumbnails