KUALA LUMPUR 8 MAC: Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim dalam buku Doktor Dalam Rumah adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Mukriz, kata Ketua Pembangkang itu.“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.
"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," Anwar memberitahu TVSelangor.
Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.
Tuduhan-tuduhan itu sering diulangi oleh Mahathir sebagai alasan beliau memecat Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, malah diperhebatkan setelah Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.
Kini anaknya Mukriz, walaupun kalah dalam saingan menjadi Ketua Pemuda Umno, dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain Pengerusi Umno Kedah.
Pemerhati politik menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai agenda tersendiri untuk menghakis pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat demi menjamin kelangsungan Umno dengan Mukriz diasuh untuk kedudukan lebih tinggi dalam parti itu.

3 comments:
Mamak madey ni memang tak sedar diri..hari senja dah melabuh tiba. masih nak membohong memutar alam dan memfitnah orang. Masyallah...Mengapa dia sanggup nak memfitnah org.setahu aku dia tak penah nak jadi saksi dalam mahkamah..semua cakap kat luar ajer...habis kita diputar oleh si mamak ni.dia tak takut balasan Allah swt. ke?
Org ini sejahat2 manusia. mempunyai hati yg amat keras dan sangat berdendam, bongkak dan membesarkan diri. kini berusaha keras membersihkan namanya.
masih tidak puashati dgn anwar. memang jelas agenda tidak lain nak naikkan anaknya. dia peduli apa dgn negara dan rakyat.
anwar harsu menulis buku memjawab buku jahatnya itu. saluran blogger akan terus digunakan utk menyerang balas manusia ini.
selagi tidak masuk kubur, tidak mahu berubah.
Dulu kata dalam satu temubual, dia tak ada mentor. Tapi tiba-tiba sekarang Tun Razak mentor dia. Hai, mudah lupa nampaknya!
Post a Comment