Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 8, 2011

Mahathir meneruskan Fitnahnya.. err..bila nak taubat ni?

Kemenangan "awal" Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini tentunya suram dengan satu lagi pusingan serangan peribadi Tun Mahathir Mohamad terhadap mantan timbalannya, kali ini menerusi buku autobiografinya.

Anwar pagi tadi berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak beberapa bahan bukti yang diperolehi oleh polis secara tipu helah namun kini berdepan dengan asakan fitnah Mahathir menerusi buku berjudul "Doktor Dalam Rumah."


Oleh kerana didokong oleh Umno-Barisan Nasional dan seluruh jentera kerajaan, Mahathir merasakan beliau masih mempunyai hak mutlak membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Anwar walaupun bukan lagi menjadi Perdana Menteri.

Segala percubaan Anwar untuk mempertahankan dirinya di mahkamah daripada serangan-serangan Mahathir sebelum ini tidak berhasil kerana ia berkait dengan tahap kewibawaan sistem kehakiman negara ketika ini.

Dalam membuat tuduhan-tuduhan liar menerusi buku "Doktor di dalam rumah" Mahathir hanya mendedahkan sifat semula jadinya untuk berbohong apabila perlu demi melindungi kredibilitinya sendiri.

Ramai tentunya masih ingat bahawa setelah membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar pada tahun 1998, Mahathir enggan hadir di mahkamah apabila diberi peluang penuh untuk memberi keterangan pada perbicaraan pertama Anwar.

Beliau menggunakan segala pengaruh dan kuasa selaku Perdana Menteri untuk mengelak daripada memberi keterangan atau disoal balas oleh peguam Anwar ketika itu.

Jika Mahathir hadir di mahkamah untuk mempertahankan tuduhan-tuduhannya, seluruh masyarakat - di dalam dan luar negara tentunya akan "tabik" dengan ketelusan beliau.

Sebaliknya beliau memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah dan meneruskannya walaupun setelah Anwar dihumban dalam penjara ketika itu.

Hari ini, walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tabiat buruk berbohong susah dikikis oleh Tun.

Sudah tentu tuduhan-tuduhan terbaru beliau akan didokong oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang, kerana walaupun diaibkan dan dihina dengan pelbagai cara, Anwar masih menjadi saingan politik utama kepada Umno.

Di Johor, polis digunakan untuk melarang Anwar daripada berceramah baru-baru ini. Di PRK Kerdau baru-baru ini, kereta Anwar di serang oleh samseng upahan Umno.

Malah parti itu terpaksa mengitar semula hikayat-hikayat lama berupa fitnah menerusi Umi Hafilda yang secara kebetulan mengisytiharkan dirinya peminat no 1 Mahathir.

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku nukilannya kali ini memang pedas dan mengaibkan Anwar serta keluarga termasuk anak-anak beliau.

Namun hakikatnya ialah, Mahathir memecat Anwar bukan kerana isu "moral" tetapi kerana bimbang hayat politiknya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tercabar oleh kemaraan politik Anwar.

Mereka yang arif dengan politik Umno tentunya tahu latar belakang kebimbangan Mahathir pada tahun 1998 susulan kejatuhan Presiden Suharto selepas memerintah Indonesia secara autokratik selama 32 tahun.

Maka bermulalah komplot untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan menghinakan supaya beliau ditolak oleh kaum Melayu yang menjadi tunggak Umno.


TVS

5 comments:

cekli@abg chor said...

Tak perlulah kita bersusah payah menyuruh dia bertaubat......sebagai ummat Islam dia lebih arif tentang perkara ini.

Hanya kita berdoa agar Allah swt membuka hatinya menyatakan yang benar sebelum beliau mengakhiri nafasnya dimuka bumi ini. Insyaallah satu hari nanti dia akan sedar segala perbuatannya.

AntiAPCO said...

Orang2 durjana ni selalunya dipanjangkan umur oleh Allah supaya bertaubat, tapi biasanya tak juga hingga ke akhir hayat. Begitulah sebaliknya, orang2 baik kerap juga diambil awal nyawanya agar tidak sempat melakukan kedurjanaan. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Tuduhan yang melampau. Nampak sangat serangan peribadi. Sudahlah tu mamak ooi. Berubatlah penyakit hati hang tu sebelum hang padam. Jahat sungguh mamak ni.

Sheild said...

I used to adore TDM but as time goes by and especially bila dah retired as a PM, sifat angkuh, penipu dan manipulative diri kian terserlah.
I blame him for all the mess Malaysia are in now.
Kesian DSAI, di fitnah dan diperlakukan dengan zalim oleh TDM. My prayers are with you DSAI, may you succeed in kicking UMNO and its cronies to hell!

orang lama said...

sekali tengok si kitol tersengih persis ular sawa kekenyangan

apabila si kitol yg tabie sifat menipu jadi kebiasaan sampai ke tua sifatnya tak berubah, nie semua tanda tulahan gara2 derhaka pada raja2 melayu, dan kezaliman zaman beliau jadi ditaktor topengkan demokrasi.

Alhamdulillah tuhan sudah bukakan rahsia si kitol nie, segala fitnah burok semuanya diketahui masyarakat cuma segelintir puak b-end masih tertutup minda hati dah gelap dgn duit,kuasa.

selalunya keturunan lebih berat sebelah bapa, si kitol nie plak ckp 'ama saya melayo jadi saya melayo'..wan tempawan tue tiada pertalian darah dengan wan mat saman, walaupun dlm buku sejarah si kitol kata wujud kaitan tetapi tiada bukti kukuh(rujuk waris wan mat saman)...ama dia keturunan siam sam-sam, kaum selatan siam yg meniru adat,agama melayu kedah.(rujuk sejarah bangsa sam-sam di kedah). mereka asal ugama buddha dan berdarah siam.

si kitol sekarang status anak campuran kerala kawin sam-sam, takder setitik pun darah melayu. Maka jadilah 'si kitol dilemma'.

doctor in the house sudah jadi 'dukun kitol from kerala'

Archive

Related Posts with Thumbnails