Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 29, 2011

Macam mana UMNO Selangor nak rampas Selangor nie??

Kan aku dah cakap.. tindakan UMNO menyerang DSAI dengan menggunakan isu Video Lucah adalah satu tindakan yang amat BODOH!!

Kenapa?? Kerana ianya telah menyebabkan ramai orang-orang lama yang terlibat dalam Reformasi kembali semula kegelanggang.. dan aku menyaksikannya di Permatang Pauh dan Chegubard pula telah menyaksikannya di banyak tempat..

Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat


SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam tadi.


Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang


Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.


Keadilandaily

7 comments:

AntiAPCO said...

Allah SWT adalah sebaik-baik penilai dan penghukum. Sekiranya sah semua ini fitnah, maka pemfitnah akan terimalah balasan yang teramat pedih. Allah Hu Akbar!! Maha besar Allah.

Anonymous said...

Assalam ASD, boleh tak dapatkan video doa dalam solat hajat tu? Kami rakyat Malaysia mendoakan semoga perancang-perancang fitnah dikenakan malapetaka yang sangat dahsyat.

paparem said...

UMNO sibuk nak selamatkan Selangor , Kak Umi sebagai pemberi semangat . Rasanya eloklah serahkan Putra Jaya tu sepenggal pula kepada PR.
http://view.my/relaxbang

akula said...

sayu jer lihat gambar ni..
sayang x dpt gi skali..
dh mintak cuti,tp bos x luluskan (hr Isnin kan)..
biler nk buat kt kuantan plak?
ramai penyokong PR kt sini..

Anonymous said...

Solat hajat pembuka harapan,
PAS,DAP,PKR sudah terkedepan,
UMNO sudah jadi parti koman,
Insyalahh, Putrajaya PR tawan.

Nahim said...

Aku pun dah tengok klip itu. Kalau tak sebut orang tu DSAI, takde sesiapa pun akan buat kaitan ngan DSAI.

Klip tu betul betul tak terang.

ggkanister said...

boleh kalau nak rampasselangor dari pr dengan pertolongan warga bangla dan myammar

Archive

Related Posts with Thumbnails