Thursday, March 17, 2011

Loji Tenaga Nuklear kini cukup selamat?? Depa mula lobi dah...

Kita bercakap berdasarkan teori yang berasaskan kepada pengiraan dan pengamatan secara scientific tapi perlu juga diambilkira bukan 100% teori itu tepat, malah ada yang sebaliknya. Begitulah juga dengan Loji Nuklear ini..

Mereka mengatakan Loji Nuklear yang akan dibina di Malaysia adalah generasi baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan kalis gagal secara teori. Biarpun ciri-ciri keselamatannya tinggi ianya masih belum teruji..

Jepun mempunyai lebih enam puluh tahun pengalaman dalam teori dan amali dalam Nuklear masih juga gagal mengawal kemusnahan loji Nuklearnya itu.


Apa yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia bukanlah kegagalan Loji itu berfungsi tetapi kegagalan pihak yang membinanya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan kerana soal rasuah..

Rasuah yang menyebabkan kualiti binaan terpaksa direndahkan, Contohnya Landasan Terbang Gong Kedak..

Kita menggunakan pesawat pejuang kelas dunia dilandasan kelas ketiga hingga mengakibatkan 2 buah enjin jet Sukhoi rosak ketika pendaratan sulongnya di situ.. apa dah jadi agaknya dengan 2 buah enjin jet itu.. Sukhoi bukan F5E ya..


Loji Tenaga Nuklear kini cukup selamat dan punyai sistem kalis-gagal, tegas saintis UKM dan bekas Timbalan Ketua Pengarah IAEA

Oleh Kuah Guan Oo

BANGI, 17 Ogos 2010 – Loji Tenaga Nuklear (NPP) hari ini adalah cukup selamat dan mempunyai sistem kalis-gagal selaras dengan kemajuan yang telah dicapai oleh sains dan tekhnologi, dan orang ramai tidak perlu takut mengenai keselamatannya, kata saintis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato’ Dr. Noramly Muslim.

Apa yang berlaku di Chernobyl dalam tahun 1986 tidak akan berulang, tegas bekas Timbalan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Dalam kejadian tahun 1986 api dan siri letupan telah memusnahkan sebuah NPP di bandar itu di Ukraine yang dibina dalam era Soviet. Lebih 300,000 orang telah dipindahkan dan kesan radioaktifnya masih lagi dikesani.

Prof Noramly, 69, mendapati rakyat Malaysia, seperti juga di tempat lain mempunyai ‘ketakutan membuta tuli’ terhadap sebarang apa yang berkaitan dengan ‘nuklear’. Ini timbul kerana mereka tidak tahu menahu langsung mengenai ‘nuklear’. Mereka ini pada amnya jahil terhadap tenaga nuklear dan ini yang membuatkan mereka menentang penggunaannya untuk menjana elektrik.

Mereka tidak tahu bahawa sains dan teknologi telah mencapai banyak kemajuan dan telah berjaya menghasilkan ‘sistem yang kalis-gagal’ bagi NPP, katanya.

“Manusia pada amnya takut apa yang mereka tidak tahu tetapi sekarang keadaannya telah berubah, sekarang ini banyak yang sudah diketahui,” katanya, sambil merujuk kepada negara Jepun, sebuah negara yang dimusnahkan dengan dua bom atom yang digugurkan keatasnya pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua.

“Jika ada sesiapa yang patut gerun dengan NPP, mereka seharusnya adalah orang Jepun. Sebaliknya, Jepun kini mempunyai lebih daripada 50 unit NPP di 17 lokasi di seluruh negara itu dari Hokaido di utara ke Kyusu di selatan.

Sementara di Korea Selatan pula mereka sudah pun mempunyai 60 unit NPP terletak di empat tempat dalam negara itu.

“Apabila mereka memulakan projek untuk membina NPP, mereka mempunyai kurang daripada apa yang kita ada sekarang ini dari segi kerangka undang-undang/penyelarasan. Mereka terkejut kerana walaupun Malaysia sudah terkehadapan dari segi ketetapan masa dan kerangka, kita belum lagi membina NPP kita sendiri.”

Korea Selatan, kata Prof Noramly, telah cukup berjaya sehinggakan mereka memperolehi kontrak bernilai AS$40 billion untuk membina NPP bagi United Arab Emirates.

Pada hakikatnya negara maju seperti Perancis, Jerman dan Britain banyak menggunakan tenaga murah yang dibekalkan oleh NPP dan ini diambil perhatian oleh negara-negara Asia. China sekarang ini sedang berusaha keras untuk membina lebih banyak NPP untuk keperluan tenaganya yang kian bertambah. Itali, negara terakhir Eropah yang menangguhkan penggunaan tenaga nuklear, sekarang ini sedang bergegas membinanya sendiri.

Kata Prof Noramly di sesetengah tempat, orang tempatan yang inginkan pembinaan NPP, kerana faedah ekonomi setempat yang boleh diperolehi industri dari pembinaannya.

Orang ramai akan menyokong NPP apabila mereka melihat bahawa ia selamat. Beliau mengingat kembali bagaimana beliau diberi hadiah hari jadi oleh anak perempuannya dengan pergi memancing di Virginia Amerika Syarikat dan beliau telah pergi ke satu tasik di mana terdapat sebuah NPP. “Orang ramai memancing dan berenang di tasik itu kecuali di tempat-tempat tertentu berhampirannya yang menjadi kawasan larangan kerana seba-sebab keselamatan.

“Apabila orang tahu mengenai NPP, dan betapa selamatnya loji itu hinggakan mereka bersedia memancing dan membakar ikan yang mereka pancing,” katanya.

Prof Noramly menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai satu kumpulan saintis yang cukup bersedia untuk menggerakkan pembinaan sebuah NPP untuk mengeluarkan tenaga nuklear untuk memenuhi keperluan tenaga negara.

Pada hakikatnya, kumpulan ini sudah lama menunggu NPP dilancarkan, membina dan menggendalinya sebaik saja arahan dikeluarkan oleh Kerajaan, kata Prof Noramly yang kini bertugas di Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, UKM.

“Pakar-pakar ini telah menunggu begitu lama sempai ke tua dan bersara dan ada yang menukar kerjaya,” katanya, sambil mengingatkan bahawa umur beliau sendiri sudah hampir 70 tahun.

Prof Noramly mempunyai pengalaman yang amat luas mengenai tenaga nuklear dan pernah mengendalikan Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSATI), yang kini dikenali sebagai Agensi Tenaga Nuklear Malaysia, sebagai Pengarahnya dari tahun 1977 hingga 1982. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Program Kerjasama Teknikal, IAEA di Vienna.

Prof Noramly yang cukup berminat dengan NPP sebagai sumber tenaga elektrik yang “termurah dan terhijau” yang amat diperlukan apabila penjanaan tenaga dari bahan bakar seperti minyak dan gas sudah habis.

Prof Noramly merupakan seorang pelajar tajaan Rancangan Kolombo, selepas tamat persekolahannya di Malay College, Kuala Kangsar, dan telah memperolehi ijazah B. Sc (Hons) dari University of Western Australia dalam tahun 1970. Beliau berkahwin dengan seorang penulis Australia, Glenyce Jean Larke dan mereka mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang cucu.

Prof Noramly yang membesar di Masjid Tanah Melaka bersama tiga orang adik beradik (dua perempuan dan seorang lelaki), adalah anak seorang pemandu teksi dan guru sekolah.

Dalam kerjayanya yang cemerlang, beliau telah melahirkan ramai ahli sains Malaysia, yang pada masa ini mengajar di universiti dan menjalankan penyelidikan di UKM dan beberapa universiti lain di negara ini.

Ketika ramai dalam usianya sudah gembira bermain dengan cucu atau cukup berkebun bunga, Prof Noramly adalah juga Pengerusi Lembaga Tenaga Nuklear Malaysia (AELB) sejak tahun 2008. AELB bertanggungjawab terhadap peraturan dan pelaksaaan Akta Bahan-bahan Radioaktif (Radioactive Substances Act), dasar negara mengenai tenaga nuklear dan keselamatan radiasi dan keselamatan.

Beliau adalah juga Profesor pelawat dengan Kolej Kejuruteraan, Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN) dan penasihat kepada Jabatan Sains Nuklear UKM.

Dalam dua kertas kerja yang dibentangkannya di persidangan di UNITEN baru-baru ini, Prof Noramly telah menghujah bahawa “untuk menjamin pembangunan yang lestari, kuasa nuklear adalah penting untuk memenuhi cabaran ini.”

Sama ada Kerajaan Malaysia akan memutuskan untuk melaksanakan pembinaan NPP, sebanyak 200 GW atau lebih loji tenaga nuklear akan dibina di seluruh dunia menjelang tahun 2030, apabila pemintaan tenaga Malaysia akan bertambah 1.5 kali ganda dan apabila Gas Rumah Hijau (GHG) secara global disasarkan uintuk dikurangkan sehingga 50% dari tahap sekarang.

Walaupun Malaysia terlepas dua dekad dalam pembinaan NPPnya sendiri, terdapat tiga kumpulan pakar yang sedang menyediakan asas untuk membolehkan Kerajaan memberi lampu hijau untuk memulakan pembinaannya.

Kumpulan pertama ialah Tenaga Nasional Berhad yang mencari tempat yang sesuai, reaktor dan pembiayaannya, kumpulan kedua ialah Agensi Tenaga Nuklear untuk melihat mengenai pembangunan tenaga manusia, promosi dan program outreach untuk mendapatkan penerimaan awam manakala kumpulan ketiga ialah AELB yang bertanggungjawab untuk melihat aspek peraturannya.

“Selepas mendapat kelulusan Kerajaan, 11 tahun lagi diperlukan untuk membina dan menjalankan loji itu,” katanya, sambil menekankan bahawa NPP pertama akan hanya melengkapkan penjanaan tenaga menggunakan minyak/gas dan arang batu.

Dan andainya negara ini boleh mempunyai sebuah NPP yang boleh mengeluarkan 1,000 MW menjelang tahun 2021, patut ada sebuah lagi yang sama kapasitinya dibina menjelang 2023 supaya satu daripadanya boleh ditutup untuk servis.

Prof Noramly berkata NPP merupakan penjanaan tenaga yang paling murah pada harga semasa. Ia adalah lima kali lebih murah untuk mengeluarkan satu unit letrik berbanding dengan kegunaan minyak atau empat kali ganda lebih murah dari penggunaan gas.

Walaupun ia hanya satu pertiga lebih murah berbanding arang batu, beliau mengatakan bahawa keputusan untuk membina NPP adalah satu keputusan untuk tiga generasi kerana ia mempunyai jangka hayat antara 60 hingga 80 tahun. Sebuah loji dengan semua masalah GHG yang membawa kepada pemanasan global mempunyai jangka hayat hanya 20 tahun.

Mengenai sumber tenaga keterbaharuan lain seperti tenaga suria dan angin, beliau berkata kos menghasilkan satu unit tenaga adalah 14 kali lebih murah dari penghasilan satu unit tenaga dari tenaga suria manakala ia tiga kali ganda lebih mahal dari kuasa angin.

Manakala tenaga hidro pula adalah tiga kali ganda lebih mahal dari NPP.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan NPP Malaysia yang pertama menjelang tahun 2021 adalah realistik dan boleh dilaksanakan. “Kita tidak memulakan dari mula! Bola kini di kaki kita,” tambahnya.


Prof Dato’ Noramly Muslim boleh dihubungi di email: noramlymuslim@yahoo.com

Diterjemahkan oleh Mohd Safar Hasim

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails