Wednesday, March 23, 2011

Laporan Polis terhadap Datuk 'T' oleh AMK Permatang Pauh

Berikut adalah laporan Polis yang telah dibuat oleh AMK Permatang Pauh di Balai Polis Penanti semalam bagi mendesak supaya pihak Polis menyiasat Datuk ‘T’ dan dalang disebalik tayangan Video Lucah di sebuah hotel ternama di Ibu Negara.



Menurut Naib Ketua 1 AMK Permatang Pauh, Saudara Mohd Shukri Abd. Hamid, AMK Permatang Pauh dalam kenyataan medianya AMK mendesak agar pihak Polis menjalankan siasatan terhadap Datuk ‘T’ dan siapa dalang yang berada dibelakangnya sehingga beliau begitu berani menganjurkan tayangan video lucah di sebuah hotel ternama di ibu kota.


Pihak Polis juga digesa melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat kepada mereka sesuai dengan motto ‘Integriti Amalan Kita’ yang terpampang di lencana yang tersemat didada mereka.

Kenyataan Media sepenuhnya sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails