Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, March 23, 2011

Kenyataan BODOH dari Zahrain dan Zul Nordin.

Kata Zulkifli Noordin "maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)."

Bunyi macam cerita dia pasal kes arsenik dulu saja la...

Kata Zahrain pula.. Dia kata tidak tengok video tu, tetapi mana dapat maklumat?.. nampak sangat katak ni tak baca berita.. kesiann...


Anwar cuba alih isu DNA

KUALA LUMPUR 22 Mac – Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.


Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

“Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

“Di sinilah video itu memainkan peranan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

“Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

“Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA,” katanya.


Lidah Rasmi UMNO

11 comments:

jeng jeng said...

kah kah kah.....

kah kah kah....

2 ekoq katak ONG mula berokestra........

kamjat 2 ekoq nie nak main wayang jugak......wayang tongkoi...

kah kah keh keh........

Anonymous said...

kenapa aku nampak babi aje kt atas??

Anonymous said...

kumpulan ulama yang mana? tolong bagitau, mung dok duduk dalamPAS janganlah nak memandai mandai zul oiiii. Kan mu dulu pernah kena pecat.
sudah lah zul, jagalah makan minum mu tu, hasil dari sumber haram, rasalah nanti

cekli@abg chor said...

YB Zul Kulim dan YB Zaharin!

Bagaimana pula komen YB berdua berhubung dengan keputusan mahkamah hari ini yang 'MENOLAK PERMOHONAN MEMAKSA DSAI MENYERAHKAN DNA??? ALASAN YANG YANG MAHKAMAH BERIKAN BEGITU JELAS BAHAWA TAK PERNAH BERLAKU SEBELUM INI.'

YB Zul, sebagai seorang 'Peguam' yang 'terkenal' seluruh dunia adakah kata-kata YB dulu tu masih releven lagi Ke?

Para demontrans, Gaps, Perkasa, Pemuda UMNO, Wanita UMNO/YB Hamidah dan lain-lain yang seangkatannya, bukankah usaha kalian selama ini sis-sia dan memperlihatkan 'kebodohan' kalian?

MR KARPAL SINGH, APA TUNGGU LAGI.......heret mereka-mereka yang terlibat dengan demo dan kenyataan-kenyataan berkaitan dengan DNA ke mahkamah kerana mereka telah mendahului dan menghina mahkamah.

Kepada sahabat-sahabat yang telah menghina DSAI dan keluarga serta secara langsung menghina agama Islam, Insyaallah Allah swt akan membukakan pintu hati kalian semoga kalian insaf dengan segala perbuatan kalian dan Insyaallah kalian akan menerima 'balasan' dari Allah swt. Tidak hari ini, hari esok, tidak hari esok, minggu depan, tidak minggu depan, tahun depan dan tidak diri sendiri mungkin anak bini, ahli keluarga terdekat.Insyaallah Allah maha mengetahui............

Anonymous said...

Katalah apa yang orang2 PR suka..fitnahke..perancang jahat ke..apa ke yang boleh orang2 PR selamat..kes kali ini,yang dok mengata pun mereka2 ini adalah bekas dari orang2 PR juga...mereka ini tentu tahu segala perancangan pembohongan,mengalih persepsi isu2panas, memanaskan isu2 kepada rakyat ketika mereka dalam PR...sebab itu mereka ni berani cakap begitu..anda fikirkan

bunbinban said...

aku tengah pikir idea yg di lontarkan oleh anon 2:40...hemmmmmm betul gak, seme tu bekas PR gak hemmmm tapi dah nama pun bekas wehhhh Zahrain tu bekas UMNO dan PKR, Zul tu bekas PAS dan PKR yg di PECAT!. aloo bro.....lu pikir la sendiri! bangan betullah ahli UMNO ni

Anonymous said...

Zahrin n zulnordin kawan sekatak,
bagi statement macam depa tu warak,
Muka buruk macam mengkudu masak,
jangan belakang hari nangis teresak-esak.

Bombo said...

waa cabar zulnordin utk buka songkoklah kemunkinan DSAI akan bersetuju ujian DNAnya jika zulnordin buka songkok...waa mahu tengok bulan kurap d atas...kah,kah,kah....
zahrin luu cabut gigi + taring dan luu pasang gigi kerbau..waa muak tengok luu berpodato loyar buruk,hah itulah melayu kito suka sokong spesis mcm ni,kemunkinan DSAI akan berundur dlm arena politik jika katak2 bodo ni akan kudis/nanah sendiri....wwwwwk..

janggut said...

berita dua babi hutan hilang di temui di parlimen.....sila rujuk gambar di atas....tak percaya...tunggu la pembalasan dari ALLAH utk puak2 laknat seperti babi 2 ekuq ni....

Anonymous said...

benar la sabda nabi..daging dan darah yg terbentuk dari punca haram akan buat seseorang tu jd bodoh dan lembab....2 ekor katak ni sbg bukti..yg sekor lg tokey video lucah tu dah terkena sumnpah laknat sampai tiap2 hari tukar statement...belum apa2 atas dunia pun Allah dah byr cash..belum masuk komisen lg tu..Allahuakbar3x

apixsaniji said...

percakapan hasil makan duit haram gitulah jadinye

Archive

Related Posts with Thumbnails