Thursday, March 24, 2011

Kenapa 'Three Stooges' itu masih tidak ditangkap?



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Umno terlibat dalam fitnah video seks yang cuba dikaitkan dengan beliau.

Selain Najib, Anwar turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, yang mempunyai kuasa ke atas pasukan polis, sebagai pihak bertanggungjawab.


“Saya katakan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, bahawa mereka terlibat,” kata Anwar ketika sidang media bersama wartawan di kompleks Mahkamah Jalan Duta tengahari tadi.

Anwar turut mempersoal mengapa ketiga-tiga individu yang mengaku sebagai dalang di sebalik tayangan video lucah itu tidak ditangkap mahu pun disoal siasat polis.

Tiga individu berkenaan, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskey Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim sehingga kini masih tidak didakwa.

“Dari awal kita katakan Umno terlibat. Umno menafikan, tapi sekarang sudah jelas mereka terlibat. Dan sekarang mereka mengaku, polis masih belum bertindak (menangkap mereka),” kata Anwar.

“Sebab itu saya katakan dalam kes ini, mana-mana orang menghebahkan adanya video lucah (perlu) terus diambil tindakan. Tapi kerana ini melibatkan pemimpin Umno, polis tertentu diarah melindungi (mereka)” kata Anwar.

Justeru Anwar menempelak Najib dan Hishammuddin kerana gagal mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat rakaman lucah palsu dan menayangkannya kepada media di tempat awam.

“Ini kes pertama penjenayah yang menayangkan video lucah diiktiraf Perdana Menteri dan isteri tercinta, Rosmah dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein,” sinis Anwar disambut ketawa kecil wartawan yang mengerumuni beliau.

Dalam pada itu Anwar berkata, penglibatan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai salah seorang dalang di sebalik penyebaran video aksi seks palsu itu, didorong perasaan dendam dan tidak puas hati.

Ia berikutan pengunduran Abdul Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno selepas terbabit dengan skandal gadis bawah umur pada 1990 an, ketika Anwar masih di dalam kerajaan.

“Penglibatan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik itu mengingatkan saya kepada kes dan dendam lama dia. Kes yang melibatkan tuduhan rogol, dan kes yang melibatkan kertas pertuduhan yang ditanda tangani Tan Sri Ghani Patail bahawa beliau terlibat dengan isu rasuah,” kata Anwar.

“Orang sebegini sekarang ini muncul berbicara soal moral tetapi soal lebih besar bagi saya ialah mengapa polis melindungi (mereka)?,” tegasnya.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails