Monday, March 21, 2011

Keluar PKR pasal nak jadi Ketua Kampung saja?.. Alahai..

PAHANG: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang daripada pimpinan cabang yang keluar parti, baru-baru ini, ditawar jawatan ketua kampung jika keluar parti.

Malah, beliau berkata, pemimpin cabang itu ada memaklumkannya sebelum keluar parti kerana berminat dengan jawatan berkenaan.

“Dia ada berjumpa dengan saya sendiri untuk memberitahu tawaran itu sebelum pilihan raya kecil (PRK) di DUN Kerdau baru-baru ini. Saya menasihati beliau, takut nanti ditipu semata-mata muslihat memenangi PRK.


“Apapun, saya simpati terhadap BN kerana sanggup menawarkan jawatan untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Azan turut menafikan laporan media arus perdana, kononnya 600 ahli KEADILAN keluar parti.

“Laporan itu tidak benar sama sekali kerana hanya tiga orang sahaja yang keluar, tetapi selebihnya golongan remaja yang sengaja diada-adakan cerita.

“Sebanyak enam bas digunakan untuk mengangkut kononnya ahli keluar parti tapi sebenarnya golongan remaja yang dibayar RM50 setiap orang,” katanya.

Beliau menganggap, semakin banyak perbuatan seumpama itu dilakukan Umno Barisan Nasional (BN), semakin mudah rakyat mengesan taktik kotor parti pemerintah berkenaan.

“Umno sendiri tidak ada teknik canggih untuk mengubah senario politik, sebaliknya memilih kaedah memalukan itu,” katanya, sinis.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails