Wednesday, March 9, 2011

Jadikan Unisel pilihan: MB Selangor

SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) diminta supaya mempertingkatkan kemahiran dalam bidang penyelidikan dalam usaha memastikan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu menjadi pilihan jabatan atau agensi bagi menjalankan kajian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor mempunyai peruntukan geran penyelidikan bernilai RM4 juta setahun bagi menjalankan kajian terhadap perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.


Oleh itu katanya, Unisel perlu mempunyai keupayaan dalam bidang penyelidikan bagimemberikan kepercayaan kepada UPEN untuk memilih universiti itu dan memberikan geran bagimenjalankan kajian yang diperlukan.

“Saya meneliti senarai perunding profesional dan universiti untuk kajian oleh UPEN,namun sayangnya Unisel tidak berada dalam senarai jadi sesuatu perlu dilakukan,” katanya dalamsidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor Unisel TanSri Ismail Adam yang disampaikan oleh Canselor Unisel Tan Sri Arshad Raja Tun Uda semalam.

Turut hadir Pro-Canselor Unisel, Datuk Setia Dr Anuar Masduki,Presiden dan Naib Canselor Unisel, Datuk Rosti Soruwono dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Ismail yang mengetuai Jabatan Perkhidmatan Awam sejak 2004, pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan masing-masing dilantik sebagai Canselor dan Pro Canselor Unisel yang baru berkuat kuasa 21 Feb lepas.

Mengulas pelantikan Pro-Canselor Unisel yang baru ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri yakin dan optimis bahawa jawatan itu disandang oleh individu yang berkelayakan untuk menggalas cabaran itu.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran itu, kita yakin beliau mampu bersedia untuk sama-sama berkongsi pengalamannya di Unisel.

“Pelantikan ini sejajar dengan program penjenamaan semula Unisel yang bukan sahaja memberi fokus kepada sektor industri malah kepada sektor perkhidmatan yang berkembang pesat dan menjadi kepada penyumbang utama kepada ekonomi Selangor dan negara.

“Kita bukan sahaja menubuhkan universiti tetapi budaya universiti itu juga perlu dipertingkatkan untuk melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat akan datang, oleh sebab itu proses ini dilakukan sebagai lambang bagaimana universiti itu beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata Unisel masih menerima pelajar pada setiap semester di duakampusnya iaitu di Seksyen 7 Shah Alam dan Berjuntai Bestari, Kuala Selangor walaupun berdepandengan persaingan pelbagai institusi pengajian tinggi yang lain.

Beliau turut menafikan dakwaan Unisel bakal ditutup berikutan kekurangan pelajar.

“Itu bukan isu yang pasti Unisel mempunyai kapasiti pelajar antara 8,000 hingga 13,000 orang dalam keadaan persaingan yang begitu banyak,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails