Wednesday, March 16, 2011

Injil BM : Kebebalan pemimpin UMNO terserlah..

Oleh Wira Arjuna

Ahad (13 Mac 2011) – Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kucing dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Ini kerana menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan walaupun berlarutan sejak 2010.

Selasa( 15 Mac 2011) pagi – Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.


Selasa (15 Mac 2011) Petang – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang di tahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Urutan peristiwa di atas menunjukkan sekali lagi :

1. Muhyiddin Yassin sama ada tidak tahu menahu mengenai perkembangan penting dalam isu-isu nasional ATAU lebih mencemaskan (bagi beliau) Perdana Menteri Najib Razak bertindak tanpa merujuk kepada orang keduanya.

2. Hishamuddin cuba meletakkan masalah penahanan Kitab Injil itu ke atas bahu Peguam Negara dan tidak sama sekali berani untuk mengumumkan keputusan kerajaan untuk tiba-tiba membenarkan Kitab Injil itu dibenarkan masuk. Sebaliknya tugas itu diserahkan kepada Idris Jala, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3. Idris mendakwa tindakan kerajaan itu selaras dengan Warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Namun beliau tidak pula menjelaskan kenapa penahanan di Pelabuhan Kelang dibiar berterusan sejak 2009 dan di Pelabuhan Kucing sejak Januari lalu.

Bagaimana secara tiba-tiba Perdana Menteri Najib Razak begitu cekap dan bingkas membuat keputusan setelah isu itu dibiarkan tertunda sejak 2009?

Jawapannya amat berkait rapat dengan pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan sebelum Julai ini.

Sarawak adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk beragama Kristian yang paling tinggi di Malaysia.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumus keputusan Najib bukan berasaskan keinginan mempertahankan kebebasan agama golongan minoriti tetapi mengira jumlah undi yang akan diperolehi atau dihilangkan jika beliau tidak bingkas membuat sesuatu keputusan.

Mungkin lebih mendukacitakan adalah Najib, sepupunya Hishamuddin atau pun Muhyiddin tidak langsung mempunyai keberanian untuk mengumumkan keputusan itu walaupun mendakwa diri sebagai pemimpin kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Soal siapa yang harus mengumumkan keputusan itu turut diwarnai dengan politik perkauman. Justeru yang mengumumkan kesediaan kerajaan Umno-BN menarik balik penahanan buku Kitab Injil itu adalah Idris Jala, seorang menteri Kristian.

Rasanya tidak perlu dihuraikan kenapa Idris dipilih dan bukan Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno Hishamuddin Tun Hussein atau Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Najib Razak yang sendiri membuat pengumuman itu.

Sekali lagi politik perkauman dan kelebihan undi menjadi kunci pertimbangan utama segala keputusan kerajaan 1Malaysia Umno-Barisan Nasional.


TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails